Saturday, July 13, 2013

KELUARGA PERSADA

Bismillahirrahmannirrahim..

Rasanya dah lama tak update blog nie, sebab xtahu nak tulis apa sebenarnya, sekarang baru ada rasa nak menulis hehe, okay nak share dgn semua Keluarga Besar saya iaitu PERSADA, apa tu PERSADA ?? ok persada stand for Permuafakatan siswa/wi FELDA. Merupakan sebuah persatuan yang terdiri daripada anak-anak Felda di seluruh Universiti.

Bila join persada ni, kita akan rasa ikatan ukhwah sesama anak Felda tersangat lah rapat dan akrab, walaupun baru kenal, kami semua mudah rapat, itulah Persada, dan Persada juga ditubuhkan untuk menjaga kebajikan anak-anak Felda di Universiti. Banyak aku belajar daripada persada ni, start join sejak dari sebelum masuk U lagi, hah mcm mne tu? hehe.. aku kenal persada masa kursus Induksi anak-anak Felda yang masuk ke Universiti, masa tu dekat UPM, jumpalah semua anak2 felda seluruh Malaysia ! very proud to saw all of them ! Persada dah menjadi sebahagian dalam life  aku dekat universiti, all is about persada, xnk join lain dah hehe..nampak tak sayangkan Persada tu? huhu jom nak share dekat korank gambar-gambar persada di Brunei ! ini program masa kami semua ada program Khidmat Masyarakat.




















Sunday, February 10, 2013

Cara Memohon Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,nak share sikit cara2 nak mohon PTPTN :) mula2 tarikh nafas panjang2 dulu ye sahabat2 sekalian :)

1.Pemohon mestilah telah menerima tawaran belajar terlebih dahulu daripada mana-mana Universiti. 

2.Pastikan anda memenuhi syarat permohonan terlebih dahulu. sila rujuk sini KLIK SINI
Buka dulu akaun bank berdasarkan universiti yang anda dapat.. nak tahu lebih lanjut klik link ini? KLIK SINI (Bank Panel-PTPTN). Tapi kebiasaannya di surat Tawaran ada menyatakan bank apa yang perlu pemohon buka.

3.Mulai tahun 2012 setiap pemohon PTPTN WAJIB membuka akaun SSPN. Pelajar yang masih tiada lagi akaun boleh pergi ke  Bank Islam Malaysia Berhad(BIMB) atau Maybank. 

4. Beli nombor pin ptptn di BSN,rm5. (Bergantung pada harga semasa) No pin ini boleh simpan selama 6 bulan sahaja. 

5.Buka laman web ptptn untuk mengisi borang di LAMAN RASMI PTPTN

6.Pengesahan permohonan boleh dibuat dalam tempoh sebulan sebelum tarikh daftar ke universiti.. Contohnya, nak masuk universiti 7/9/12, dah boleh mula sahkan permohonan pada 7/8/12. Maksudnya, bukan HANYA boleh sahkan permohonan pada 7/8/12 sahaja, tetapi dalam tempoh hinggalah tarikh tutup permohonan.Bermula dari tarikh 7/8/12 sampailah sebulan.

7.Permohonan harus dibuat secepat mungkin, Sebelum tiba tarikh tutupnya. http://www.ptptn.gov.my/web/guest untuk tahu bila tarikh tutup.

8.Pastikan nama jurusan dipilih dengan betul, universiti yang betul, Tahun pengajian yang betul, mod pengajian yang betul, tahap pengajian yang betul. Kalau untuk yang baru masuk, pilih IJAZAH PERTAMA SEPENUH MASA, bukannya SARJANA SEPENUH MASA(ini untuk master). Kesilapan boleh menjejaskan permohonan anda. 

9.Segala Maklumat Diri,Keluarga,Maklumat Akademik HARUS DI ISI DENGAN TELITI,JANGAN SILAP,KALAU SILAP MEMANG MENYUSAHKAN DIRI ANDA.MISALNYA TERSALAH ISI KEPUTUSAN PEPERIKASAAN MASA SPM/STPM DAN JUGA TAHUN,JANGAN SILAP MELETAKAN TAHUN SPM/STPM/MATRIK NANTI AKAN MENJEJASKAN PERMOHONAN KELAK.

10.BACA DAN SEMAK BERULANG KALI SEBELUM KLIK YA.

11.Sebaik sahaja anda tekan button YA untuk pengesahan permohonan..Sebarang pindaan tak boleh dilakukan melainkan untuk penukaran no akaun,kalau silap part lain kena beli nombor pin baru dan MOHON SEMULA. 

12 Pastikan anda isi emel yang sah dalam borang ye. Kena rajin-rajin check emel. Dan melalui emel ini juga segala borang akan diupload.JANGAN LETAK EMAIL YANG DAH LUPA PASWORD KE,EMAIL YG DAH X VALID,JANGAN SESEKALI,PASTIKAN GUNA EMAIL YG BIASA DIBUKA,SEBARANG MAKLUMAT AKAN DIBERI MENERUSI EMAIL.

13.JANGAN LUPA PASWORD PTPTN YG DAH DIBUAT,SEBAB NANTI KENA LOG IN BALIK,NAK TAHU SAMA ADA PERMOHONAN DILULUSKAN ATAU TIDAK.

Monday, January 21, 2013

Sunday, January 20, 2013

WE ALWAYS SUPPORT JOHOR

Assalamualaikum semua ! Hola2 cikebum2 cikebum! haa...entry kali nie nak citer pasal bola JOHOR weee, sejak2 Liga super Malaysia 2013 nie bermula,and JOHOR jadi tumpuan,mungkin banyak sebab kenapa JOHOR jadi tumpuan,okay Jum senaraikan kenapa Johor jadi tumpuan : 



1) JOHOR DARUL TAZIM(JDT) merupakan antara pasukan yang diramalkan akan menjuarai Liga Super 2013.
2)JDT mempunyai pemain-pemain yang hebat  yang terdiri daripada Safee sali,Mohd Zaquan Adha,Safiq Raim.
3)Mempunyai pemain import yang terkuat dan termahal(walaupun jumlah pembayaran pemain import ini tidak dinyatakan)  iaitu Simone Del Nero (A.C. Cesena), Daniel Guiza (Getafe CF).
4) JDT mempunyai 2 pemain yang dulunya beraksi untuk Kelantan FA ,iaitu Norshahrul Idlan Talaha,Mohd Nurul Azwan Roya. Mungkin timbuk ketidakpuasan hati dipihak KAFA kerana pemain-pemain mereka berpindah ke JOHOR,tapi itu bukan isunya.
5)Pelaburan yang besar dibuat Oleh PBNJ untuk membeli pemain-pemain ini telah menyebabkan JDT menjadi tumpuan setiap kali perlawanan.


APA PON ORANG NAK CAKAP PASAL JOHOR,DIORANG BOLEH CAKAP,YANG PENTING FANS JDT,KALAH ATAU MENANG KITA MESTI SUPOORT TEAM KITA !

LUASKAN KUASAMU JOHOR










Wednesday, January 2, 2013

REBAT 200 UNTUK TELEFON PINTAR

Rebat RM200 ini disediakan oleh kerajaan untuk para belia berumur 21 hingga 30 tahun, dalam memudahkan mereka mengakses gaya hidup digital dengan mudah. Bagi mereka yang berminat boleh mengakses halaman rasmi di SKMM untuk mendapatkan info lanjut berkenaan dengannya.


Tuesday, January 1, 2013

First Paper

As-salam semua,hari ni nak kongsi sikit,baru lepas first paper Sistem Kedinamikan Antarabangsa, the tough paper for me n also for my fren who take this course. Rasa lega dah lepas n lepas nie bolehlah fokus next paper yang agak jugaklah susah,kena rajin membaca sikit subjek nie ^^ dah la aku nie rajin membaca :D Kena relax n tarik nafas panjang kalau tgh stress ye kwn2 sume,aku thu mesti semua tgh stress ada subjek yg dekat2 kan, xpe relax,kalau korang gelabah semacam je, mmg apa pon x masuk, relax,baca nota dgn tenang,fahamkan! bukan MENGHAFAl! ok! kalau korang menghafal mmg x lah,boleh jwn tu yelah,kot2 terlanggar batu ke,jatuh ke dahh hilang benda2 yg kita bca tu hehe :)


relax, tarik nafas panjang2 baca dengan tenang,insyallah ALLAH permudah urusan

fuhhhh lega satu paper dah lepas



Monday, December 31, 2012

Good Luck

Salam semua, Selamat Tahun Baru 2013. 2hb nanti saya dah nak start exam sampailah 17hb nti, Ya Allah paper susah2 semuanya, seriuously. Untuk kawan-kawan yg akan ambil periksa jugak tu, wish semoga berjaya, rajin2 study,insyallah Allah permudah urusan. selalu ingat Allah,nanti Allah bantu kita, kalau kita jauh dengan Allah,Allah susah nak tolong kita :) . Semoga berjaya Kawan2 semua :)




Kahwin Muda ??


Salam semua...haa ptg2 mcm nie tiba2 rajin nak buat entry pasal Kahwin Muda, sebenarnya dekat tempat aku stdy nie selalu jugak buat forum kahwin muda, dalam banyak2 forum yang dianjurkan tu, adalah sempat dgr satu forum tentang kahwin muda. Pendapat aku kahwin muda nie sgt2 bagus lah, sbb apa? bnyk faedahnya, kalau korank dah kahwin, org dh xboleh nk ckp apa2, sbb kita dah HALAL, dunia sekarang nie mcm2x boleh berlaku, tgok jela dgn kes buang bayi, zina sana sini, subhanallah..dunia akhir zaman..kahwin muda nie dapat mengawal nafsu dan elakkan maksiat..Sekarang ni terlalu banyak kes anak di luar nikah, kes pembuangan bayi.. Ini semua berlaku disebabkan perasaan cinta yang ditambah dengan nafsu dan dengan hasutan syaitan maka terjadilah zina.. Sebab tu digalakkan berkahwin ketika belajar pada usia muda, sebab kita selamat dari melakukan perbuatan terkutuk iaitu zina dan selamat daripada melakukan dosa.. Apabila dah berkahwin pastinya kita akan menjaga zuriat kita dengan baik dan sempurna. Batas-batas pergaulan anda terpelihara, memang tak dapat dinafikan pasangan couple selalunya tidak dapat menahan perasaan ingin berjumpa,ingin dating,ingin bersama2 setiap masa dan waktu... Apabila perkara ini selalu terjadi, secara tidak langsung pasangan ini akan terlibat dengan melalukan perbuatan terlarang iaitu maksiat & zina..
Bila dah kahwin, dan mempunyai hubungan yang sah anda sudah berjaya menjaga batas-batas pergaulan anda..
Bila dah berkahwin pada usia muda, anda sebenarnya sudah boleh dikatakan selamat dari gangguan orang ramai.. Sekarang ni kita boleh lihat setiap hari perempuan2 yang cantik akan diganggu oleh lelaki.. Perkara ini sering terjadi kepada pelajar IPTA.. Dengan berkahwin pada usia muda dan mempunyai suami anda sebenarnya sudah selamat dari gangguan..
Selamat dari cinta monyet, anda semua mesti tahu apa itu cinta monyet? biasa cinta monyet ni bertahan sekejap selepas itu putus..Ramai sebenarnya yang cinta monyet,berjanji sehidup semati nk bersama2 untuk selama-lamanya..Tapi bila hubungan yang diharapkan kekal sehingga ke jinjang pelamin akhirnya musnah..
Apabila perkara ini berlaku, anda akan kecewa,sedih,marah,benci dan paling teruk hilang kepercayaan terhadap cinta ada yang sampai bunuh diri..
Sebab itu anda patut berkahwin ketika usia muda, sebab apabila dah berkahwin insyAllah akan kekal selama-lamanya.

Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a berkata: “Ketika kami muda, kami berada bersama-sama Nabi s.a.w dan kami tidak mempunyai apa-apa harta. Baginda berkata kepada kami: “Wahai para pemuda! Jika kamu mampu hendaklah kamu berkahwin, sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan menjaga kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu hendaklah berpuasa kerana berpuasa itu adalah pendinding baginya.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Ya Allah sweetnya









Sunday, December 30, 2012

Lihat Diri

Haa mesti pelik tajuk entri kali nie, "Lihat Diri" kenapa lihat diri? ok nak cerita dekat sini, dah lama perhatikan sorang hamba Allah nie, aku tgok dye banyak masalah dgn kwn2 dia, lantas aku berfikir, apa masalah dia nie, asyik bergaduh, ada je masalah ngan kawan2 dia. Bila dgr dari mulut dye mcm tu, bila dgr dari mulut lg satu mcm tu plak, haish mcm2x lumrah nak berkawan nie. Bagi aku dalam berkawan nie kena ada sifat lihat diri dulu, kadang2 kita rasa kita je betul, org tu salah, kalau kita pikir sekejap, tgok diri kita kat cermin, cuba muhasabah diri dulu, insyallah dgn siapa2 pon kita kawan, kita takde masalah. Lumrah dalam berkawan mmg kdg2 ada salah faham,tp itu biasa, tp terpulang kepada kita untuk bagaimana untuk atasi masalah tersebut.






SEMESTER 3

Alhamdulilah,syukur ke hadrat Allah, dengan izinnya, aku masih diberi keizinan untuk terus berbakti dan hidup dimuka bumi ALLAH nie, tanpa aku sedar aku dah nak habis semester tiga, dah nak masuk semester ke empat belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) nie, mcm2 aku lalui sepanjang semester 3 dekat UKM nie, aku belajar cara nak handle program, menguruskan organisasi , dan mcm2 perkaralah. Sebenarnya sem 3 nie subject2 agak susahlah berbanding2 sem2 lepas, walaupun susah aku tetap akan cuba buat, yela dekat mana belajar yg senang ye dak? :) Nak kongsikan sikit gambar2 masa sem 3 nie