Dunia Politik

Politik Perkauman

Pengenalan
            Esei ini akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai politik perkauman yang diamalkan oleh negara Malaysia dan transformasi politik yang telah berlaku di Malaysia kebelakangan ini.Politik perkauman bermaksud politik yang berunsurkan memperjuangkan sesuatu etnik atau kepentingan sesuatu kaum sahaja.Politik perkauman adalah bersifat racist kerana parti politik yang memperjuangkan idelogi ini terlalu melebihkan sesuatu kaum daripada kaum lain. Perkongsian kuasa hanyalah sekadar nama dan jenama yang sudah lama tidak dipraktikkan. Realiti politik di Malaysia pula sememangnya amat sukar untuk elak daripada isu dan politik perkauman.Di Malaysia amnya parti yang telah lama mendominasi kerajaan iaitu Barisan Nasional semakin hilang populariti bukan kerana ideologi mereka tidak dapat diterima oleh masyarakat tetapi hakikatnya idelogi mereka telah dirosakkan oleh mereka sendiri.Ideologi dan prinsip asal politik perkauman adalah perkongsian kuasa yang adil dan seimbang. Namun begitu,apabila masyarakat sendiri melihat perkongsian ini sudah tidak lagi seperti idea penubuhan asas apabila hanya kaum tertentu yang jauh lebih daripada kaum-kaum lain dalam gabungan ini maka idelogi asas mereka sudah dicacatkan.

Keadaan ini menyebabkan masyarakat zaman moden melihat politik perkauman adalah satu politik tanpa ideologi. Mereka adalah generasi baharu yang melihat situasi terkini dan tidak mampu untuk merasai idea penubuhan asas yang dicetuskan sejak zaman nenek moyang mereka.Hakikat ini tidak sahaja berlaku kepada parti Barisan Nasional,malahan turut berlaku kepada parti-parti yang ada di Malaysia.Sebagai contoh,Parti tindakan demokratik(DAP) walaupun perjuangan parti ini tidak berasaskan kaum,namun parti ini didominasi oleh kaum cina dan masih memperjuangkan hak orang cina.Ini jelas menunjukkan bahawa parti ini masih mengutamakan kepentingan sesuatu kaum.Esei ini juga akan membincangkan mengenai transformasi politik yang telah dilakukan oleh golongan-golongan elit atau golongan yang memerintah.Sejauh mana peranan elit ini dalam melakukan transformasi politik di Malaysia amnya.Adakah perubahan-perubahan yang di dilakukan dalam transformasi satu perubahan politik semasa yang mengikut peredaran zaman atau satu tuntutan dan desakan oleh sesetengah pihak.Segala persoalan akan dibincangkan di dalam esei ini.

Sejarah Peristiwa 16.Mei.1969 Bermulanya Politik Perkauman di Malaysia

            Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan
kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia.Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab- sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya.Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei.Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut.Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu.Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei,banyak meninggalkan kesan yang negetif terhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya.Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British.Dasar rekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.[1]
Punca-punca yang membawa kepada peristiwa 13 Mei 1969.Pertama,Layanan Berat sebelah oleh Tentera Jepun.Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza.Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu.Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan.Layanan berat sebelah
ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina. Seterusnya dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum.Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia.Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil.Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri.Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan
ketinggalan.Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang. Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang
membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei.Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris.Kempat-empat
aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri.Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja.Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri
asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India.Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud.Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati
oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja. Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya .Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan
Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu.Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang. Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan,maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu.Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu,
soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu.Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini .Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan
Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia "(Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang
Melayu atau bumiputera dihapuskan . PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan.Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia”,isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu.
Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina. Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei.Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan
jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara.Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi, untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan
pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu.Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan , Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan.Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin
Ismail. Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan-sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan Negara bangsa yang
mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional. Andaikata petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimenafaatkan sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan
menjadi bayangan sahaja.Namun,peristiwa ini juga merupakan pencetus kepada politik perkauman yang diamalkan oleh parti poltik di Malaysia dimana terdapat parti-parti yang memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing walaupun agenda parti tersebut memperjuangkan bersifat nasionalisme.[2]

Politik Perkauman berkembang kepada fahaman politik baharu

Orang Melayu secara umumnya merujuk kepada sejarah merupakan manusia yang berada di bawah sistem politik dan tidak banyak mempunyai peluang mengalaminya secara realiti, asam garam politik rakyat itu sendiri.Apa yang wujud pada masa itu adalah politik tradisional berpaksikan istana kerana sultanlah yang menjadi ketua kepada semua rakyat jelata.Hanya pada era pra-Kemerdekaan, politik itu datang kepada orang Melayu dan politik itu sendiri sedikit demi sedikit menghablurkan kengkangan politik dari sistem lama melalui sistem baharu, yang didatangkan modelnya daripada Barat.Ditimbulkan pertanyaan bagaimana dengan pejuang sepeti Dato’ Maharajalela, Tok Janggut dan Dato’ Bahaman dan sebagainya.Kita boleh berpandangan pada masa itu pejuang kemerdekaan ini belum melihat perjuangan mereka itu adalah bersifat politik.Memang wujud semacam bayangan tindakan daripada kerangka politik itu sendiri, iaitu pembebasan penjajahan dan anti-penjajahan serta tidak mahu bangsa asing mengambilalih pentadbiran.Pejuang-pejuang ini tidak mahu cukai, pengurusan pentadbiran negeri dan kuasa raja-raja dimonopoli penjajah tetapi hakikatnya, di sini politik itu tidak terserlah lebih jauh, kerana semangat melawan penjajah itu yang jauh mengungguli perjuangan para pejuang kemerdekaan pada masa itu.
Pada masa itu, belum ada pemikiran mahu menguasai ilmu politik dan kuasa politik itu sendiri untuk membolehkan mereka menjadi tuan kepada tanahair ini. Sebab itu orang Melayu berada dalam penjajahan lebih daripada lima ratus tahun, disebabkan orang Melayu tidak mempunyai kehendak politik yang nekad seperti mana yang dimiliki oleh bangsa asing yang tekad menjajah,kerana fundamental imprealisme itu berlaku bertolak daripada wujudnya idea dan kehendak politik dalam pemikiran mereka.Justeru, orang Melayu pada awal abad-19, pemikiran politik tradisi yang ada pada mereka berupa satu kerencatan kepada pembaharuan dan pembangunan orang Melayu lantaran terdapat pembentukan sangkar minda politik yang dibina secara psikologi dan sosial dengan kehadiran penjajah.Ini mungkin berlaku di India, Indonesia dan negara-negara lain yang terjajah. Orang Barat pula pada masa itu sudah bersedia lebih daripada sepatutnya pengetahuan berkaitan politik dan antaranya yang paling berjaya dilaksanakan ialah apa yang boleh disebut sebagai politik imprealisme.Barangkali ketika bangsa Barat berfikir tentang penjajahan melalui politik, orang Melayu baharu mengenal belahan dunia yang ada di luar. Orang Melayu baru mengerti tentang ekonomi ‘moden’ walaupun dari segi kebudayaan dan etika orang Melayu Nusantara cukup kaya dan mewah dengan hasil persuratan ilmu, pelayaran dan pemikiran sastera yang sehingga ke hari ini belum habis dikaji.Malah melalui pendidikan ketika zaman penjajahan, orang Melayu tidak berpeluang untuk menimba sesuatu yang besar dan melansungkan ‘sifat berdikari’ bagi diri atau bangsa mereka.Skala ruang dan peluang itu dikecilkan kerana status sebagai bangsa yang berada dalam kelas penjajahan.
Idea dan pengalaman politik orang Melayu hanya berlaku dan berkesan apabila wujudnya fahaman pemikiran dari Timur Tengah yang memulakan penentangan terhadap Barat dan penjajahan melalui cara yang formal, walaupun belum ada sistem politiknya yang mandiri. Sudah ada pada masa itu pengarang-pengarang, pemikir-pemikir dan orang agama menceburkan diri dalam masyarakat dan memasyarakatkan politik dengan cara yang pelbagai.Penerbitan suratkhabar seperti Al-Imam misalnya, satu daripada pemulaan untuk membangkitkan peribumi bagi menentang penjajah yang melanda di negara-negara Timur Tengah sampai ke Nusantara.Seruan memperbetulkan pemikiran dan sikap, merupakan salah satu daripada pendidikan politik yang berlaku secara tidak lansung, dan memberikan keyakinan kepada bangsa peribumi untuk melawan penjajahan dengan secara menolak ideologi penjajahan yang hanya mahu memonapoli kekayaan di bumi dan menyekat kebangkitan bangsa daripada menjadi pemerintah.
Tetapi episod sejarah ini bergerak lamban, hanya selepas daripada tertubuhnya pelbagai pertubuhan antara PKMM, API, AWAS dan lain-lain yang dikatakan daripada gerakan politik kiri, (selepas mendapat pengaruh daripada perjuangan Kemerdekaan di Indonesia) barulah orang Melayu didedahkan dengan politik yang lebih jelas. Apabila UMNO ditubuhkan dengan usaha Dato Onn Jaafar, yang mana menjadi parti politik yang paling ramai dipersetujui pada ketika itu bagi menentang Malayan Union, orang Melayu semakin disedarkan dengan perkataan politik, dan kengkangan yang wujud sebelum ini mulai hilang.UMNO dipercayai sebagai penerus kepada kesedaran politik menentang imprealisme kepada kewujudan instituisi pentadbiran di bawah peribumi selepas daripada Kemerdekaan.
Pelajaran politik orang Melayu pada masa itu cukup besar kerana dengan politik,kuasa memerintah negara boleh beralihtangan kepada anak peribumi, yang mungkin sebelum abad ke-19 dan ke-20, untuk memerintah negara sendiri adalah mustahil dan hanya mimpi sahaja.Pengaruh politik dalam kehidupan orang Melayu makin meluas nyata.Peluang berpolitik semakin rencam dan menampakkan demokrasi. Orang Melayu tidak segan-silu dengan penglibatannya dalam politik sama ada UMNO atau bukan kerajaan.Malah sebelumnya, dengan adanya istilah ‘gerakan kiri’ orang Melayu lebih menghayati maksud perjuangan politik yang tulus sifatnya.Sungguhpun gerakan kiri ini tidak berjaya mendapatkan Kemerdekaan bagai Tanah Melayu seperti yang dilakukan oleh UMNO daripada penjajah British, tetapi perjuangan itu disambung bagi membela nasib rakyat di akar umbi.UMNO tidak semestinya baik dalam semua perkara. Maka dengan adanya parti-parti politik Melayu lain, ia akan menambahkan viarasi suara dan pandangan dalam pemerintahan sendiri di awal sejarah Kemerdekaan.Kuasa politik di tangan orang Melayu lebih besar dan berpengaruh.Tetapi untuk mencari pengaruh yang lebih akrab, UMNO bersama dengan parti bukan Melayu seperi MIC dan MCA.Kesedaran tentang politik majmuk ini setakat tidak begitu nyata, hanya bersama dalam Perikatan kerana sikap atau aliran politik perkauman masih pekat seperti yang dapat dilihat daripada pembentukan parti-parti politik berasaskan senstiviti perkauman.Maka dalam peristiwa 13 Mei misalnya merupakan manifestasi daripada situasi ketaksamaan dalam kemajmukan atau perbezaan yang ketara dari pelbagai segi, menyebabkan tragedi itu terjadi dan meninggalkan kesan yang amat dalam dalam sejarah.Sehingga parti-parti politik umumnya dibentuk daripada kaum-kaum sebangsa.
Cuma dalam pengamatan untuk politik mutakhir,sudah berlakunya perubahan pemikiran tentang stigma politik perkauman ini. Sudah ada tanda-tanda penerimaan sesuatu kaum terhadap kaum yang lain,seperti yang ditunjukkan dalam beberapa siri pilihanraya yang baru-baru ini.Sokongan terhadap kaum sudah semakin kurang, malah ada petunjuk rakyat yang bukan Melayu mengundi pemimpin Melayu dan begitulah sebaliknya.Walaupun masih ‘baharu’ sifatnya, tetapi ini petunjuk kepada positif yang mana rakyat semakin akur dengan wacana atau idea perpaduan khususnya dalam politik.Tidak ada perbezaan perkauman dalam menentukan sesebuah keputusan politik, kerana setiap yang berhak sepatutnya boleh mendapatkan haknya.Tidak ada lagi perbezaan kaum dan bangsa dalam menilai antara maksud politik dan pilihan rakyat.
Mungkin ramai tidak menyedari, apakah signifikannya Pas yang dahulunya hanya disertai oleh orang Melayu sahaja, tetapi hari ini telah memiliki Kelab Penyokong Pas terdiri daripada kaum India dan Cina.Hal ini tidak mudah dibaca secara munasabah dari pengalaman politik lama yang barangkali juga kesan daripada pelbagai faktor sosio budaya, pendidikan dan lain-lain. Tetapi hal ini sudah menunjukkan suatu petanda yang nyata tentang penerimaan kaum terhadap kaum yang lain dalam arena politik,tanpa mengira batasan streotaip lagi. Justeru, slogan Satu Malaysia yang diwar-warkan itu, berupa satu daripada kesan perubahan sikap atau norma politik yang boleh dikatakan semakin berkesan dan meluas di kalangan rakyat daan pernah dahulu dikata parti KeadiLan, tidak akan lama umurnya disebabkan penubuhannya bersabit sebab tertentu, tetapi pada kala ini mendapat liputan dan penerimaan daripada pelbagai kaum yang boleh dikatakan memberansangkan.Umum mengetahui parti tersebut yang juga komponen dalam Pakatan Rakyat DAP-PAS, terdiri daripada pelbagai kaum dan pemimpinnya juga daripada pelbagai kaum.Ini satu petunjuk bahawa politik perkauman semakin lama, dianggap satu idea politik yang karat dan tidak lagi relevan. Malah sudah ada senario yang menunjukkan penerima pelbagai kaum itu lebih baik sehingga mengabsahkan Satu Malaysia pada masa kini sebagai formula daripada pihak UMNO kepada semua rakyat, dengan, menyakinkan agenda baharu untuk seluruh rakyat di negara ini.
Realiti Politik di Malaysia

Realiti politik di Malaysia pula sememangnya amat sukar untuk elak daripada isu dan politik perkauman.Barisan Nasional semakin hilang populariti bukan kerana ideologi mereka tidak dapat diterima oleh masyarakat tetapi hakikatnya idelogi mereka telah dirosakkan oleh mereka sendiri.Ideologi dan prinsip asal politik perkauman adalah perkongsian kuasa yang adil dan seimbang.Namun begitu,apabila masyarakat sendiri melihat perkongsian ini sudah tidak lagi seperti idea penubuhan asas apabila hanya kaum tertentu yang jauh lebih daripada kaum-kaum lain dalam gabungan ini maka idelogi asas mereka sudah dicacatkan.

Keadaan ini menyebabkan masyarakat zaman moden melihat politik perkauman adalah satu politik tanpa ideologi. Mereka adalah generasi baharu yang melihat situasi terkini dan tidak mampu untuk merasai idea penubuhan asas yang dicetuskan sejak zaman nenek moyang mereka.Apa yang mereka lihat pada hari ini politik perkauman adalah bersifat racist kerana parti politik yang memperjuangkan idelogi ini terlalu melebihkan sesuatu kaum daripada kaum lain. Perkongsian kuasa hanyalah sekadar nama dan jenama yang sudah lama tidak dipraktikkan.

Politik berasakan kaum di Malaysia

Politik berasas kaum lebih merupakan bentuk politik Malaysia sejak merdeka lalu iaitu parti-parti politik ditubuhkan berasaskan kaum tertentu bagi memperjuangkan kepentingan dan kebajikan kaum tersebut.Misalnya UMNO ditubuhkan untuk menjaga kepentingan orang Melayu dari segi agama Islam, bangsa Melayu itu sendiri dan tanah air atau negara.Kemudiannya peranan UMNO ditambah dengan usaha menjaga kepentingan bumiputera lain.MCA ditubuhkan bagi menjaga kepentingan kaum Cina di negara ini.Demikian juga MIC yang menjaga kepentingan kaum India.Parti-parti ini bukan sahaja memperjuangkan kepentingan kaum masing-masingTerdapat juga parti-parti yang membuka keahlian kepada semua bangsa tetapi asas perjuangan mereka masih tertumpu kepada kaum mana yang mendominasi parti politik tersebut. Kita lihat sungguhpun DAP terbuka keahlian kepada semua namun asas perjuangan mereka masih lagi tertumpu kepada kepentingan orang Cina/Demikian juga Pas yang terbuka kepada semua orang Islam tetapi ia masih berasaskan politik Melayu.
            Gerakan juga sungguhpun parti multi racial tetapi masih bersikap parti orang Cina.Politik berasaskan kaum lebih merupakan politik tolak ansur antara kaum yang dipraktikkan dalam negara berbilang kaum dan agama seperti di Malaysia.Politik ini berjaya mengelakkan pertumpahan darah dan konflik antara kaum yang berlaku di banyak negara-negara pelbagai kaum lain seperti di negara-negara balkan suatu ketika dahulu.Politik berasaskan kaum tidak menindas mana-mana kaum atau mengambil hak mana-mana kaum mahu pun mengenakan sebarang tindakan mendiskriminasi mana-mana kaum.Misalnya hak-hak istimewa melayu, kedudukan bahasa Melayu, agama Islam dan raja-raja Melayu merupakan sebahagian tolak ansur dan power bargain kemerdekaan yang turut memberikan hak kerakyatan, hak mengundi, hak mengamalkan adat istiadat dan budaya serta pendidikan berasaskan bahasa-bahasa kaum lain. Justeru ia tidak boleh dilihat sebagai tindakan satu kaum menindas kaum lain.DEB juga bukan satu polisi perkauman tetapi merupakan polisi berasaskan kaum demi kepentingan sosial.Contoh,peruntukan 30% ekuiti bumiputera, biasisiwa dan kuota universiti untuk bumiputera tidak merampas hak kaum lain.Ini kerana jumlah yang diperuntukan lebih kecil atau setara daripada jumlah penduduk bumiputera di negara ini.DEB juga tidak pernah melakukan perampasan harta bukan Melayu untuk dijadikan harta kaum Melayu.
Politik berasaskan kaum ini tidak pernah menindas mana-mana kaum bukan peribumi dari mencapai kedudukan,kuasa mahu pun penguasaan ekonomi. Bahkan politik berasaskan kaum seperti di Malaysia ini telah melahirkan ramai jutawan dari kaum cina dan india.Ini jelas berbeza dengan politik perkauman yang melakukan tekanan,dan diskriminasisecara sistematik bagi menaikkan bangsanya dengan memusnahkan bangsa lain.Tiada apa yang perlu digundah gulanakan apabila kita dilabelkan pejuang bangsa.Yang kita khuatir ialah jika perjuangan bangsa digunakan untuk memusnahkan bangsa lain.Ini kerana politik menjaga kepentingan kaum tertentu ini diikuti oleh tolak ansur dan persefahaman yang akhirnya menghasilkan situasi menang-menang kepada semua kaum.Memang secara idealnya politik yang tidak berasaskan kaum merupakan satu hujah akademik. Namun realitinya ia tidak seindah digambarkan.Ia akhirnya akan menjadi keadaan di mana kaum yang kuat dan gagah dari segi ekonomi membolot segala kekayaan dan keselesaan manakala yang lemah dan kurang kekuatan akan terus ketinggalan.

 Parti-Parti Politik Dominan Berasaskan Kaum

United Malays National Organization(UMNO)

            Umno pada mulanya ditubuhkan adalah bertujuan untuk menentang Kesatuan Malaya atau lebih dikenali dengan nama Malayan Union.Umno pada masa itu merupakan satu-satunya parti yang cuba mempertahankan hak-hak orang melayu dan kedudukan raja Melayu.Sekiranya Malayan Union Berjaya dibentuk maka kedudukan orang-orang Melayu dan Raja-raja melayu terancam disebabkan oleh dasar-dasar Malayan Union yang ingin mensamaratakan semua penduduk di Tanah Melayu pada masa itu.
Walaupun Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan dan Raja-Raja Melayu dikembalikan kuasa di negeri masing-masing,tetapi penjajahan British masih berkuasa dalam pentadbiran dan berkuasa membongkar sagala hasil kekayaan yang ada di dalam Negara ini.Sementara orang-orang Melayu diketepikan tanpa mendapat apa-apa pembelaan.Bagi membebaskan orang Melayu dari cengkaman penjajahan ini, maka kemerdekaan bagi Negara ini harus diperjuangkan. Justeru itu Majlis Mesyuarat Agung Setengah Tahun UMNO di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada 24 dan 25 Mac 1951 meluluskan usul yang dikemukakan oleh wakil Perikatan Pemuda supaya slogan “Hidup Melayu” digantikan kepada “Merdeka”.
Tunku Abdul Rahman Putra selaku Yang Dipertua UMNO semasa berucap sebelum meluluskan cadangan tersebut dengan tegas menyatakan
“dalam lima tahun dahulu kita sama-sama meruntuhkan ‘ Malayan Union’, maka sekarang ini kita akan robohkan pula ‘Persekutuan Tanah Melayu’ ini yang tidak berguna langsung dan kita akan dirikan kemerdekaan bagi bangsa kita”.
Matlamat Perjuangan UMNO jelas pada masa ini memperjuangkan nasib dan agenda perjuangan Melayu.Demi memerdekan Tanah Melayu pada masa itu UMNO telah bergabung dengan parti-parti seperti MCA dan MIC untuk menubuhkan parti perikatan.Parti perikatan ini ditubuhkan bagi menamatkan keadaan darurat, memperjuangkan kemerdekaanTanah Melayu dan memenangi Pilihan Raya Umum 1955.
Melihat Konteks peranan UMNO pada masa kini agenda perjuangan untuk membela nasib Melayu masih terus diperjuangkan sehingga telah menimbulkan rasa ketidakpuashatian parti-parti komponen Barisan Nasional.Sebagai contoh semasa Konvensyen Barisan Nasional 2010,pemimpin daripada MCA iaitu Chua soi lek telah lantang menyuarakan pelbagai pandangan yang banyak mengguris hati pihak UMNO.Antara kelantangan yang diperkatakan adalah Chua Soi Lek telah mempersoalkan hak kesemarataan dalam Barisan Nasional,menuntut hak sama rata antara semua kaum dan juga mempersoalkan “ketuanan melayu” .Pelbagai Pandangan dan reaksi timbul mengenai kenyataaan yang dikeluarkan oleh Chua Soi Lek ini.Adakah parti bersasaskan kaum tidak releven pada masa ini? Ini lah sebenarnya persoalan yang timbul.Perjuangan UMNO dilihat oleh parti-parti komponennya sebagai sebuah parti yang mengutamakan orang melayu dan timbul persaan tidak puas hati oleh parti kompenen yang lain dalam barisan nasional.
Politik perkauman Parti Tindakan Demokratik (DAP) Malayan Chinese Association(MCA)
Sejarah perjuangan parti ini bermula apabila Singapura menyertai Malaysia pada 1963 dengan Lee Kuan Yew memimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) di negara itu yang berideologi sosialis.Semasa Malaya mencapai kemerdekaan tidak ada parti perkauman seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), yang ada parti sosialis yang ditolak sebahagian besar rakyat. Apabila Singapura keluar dari Malaysia pada 1965, DAP menggantikan PAP di negara ini dan sejak itu DAP bertanding dalam setiap pilihan raya umum (PRU) dengan fahaman yang menolak sistem politik berasaskan pelbagai kaum.DAP dilihat sebagai parti yang hanya memperjuangkan kaum Cina, walaupun dianggap sebagai partai sosialis.Prestasi DAP mula meningkat pada PRU 1969, dengan memperoleh 13 kerusi Parlimen.Prestasi paling tinggi adalah dalam PRU 1986 (24 kerusi Parlimen) dan kemuncaknya dalam PRU 2008 (28 kerusi).Dalam PRU selainnya, adalah sekitar 10 atau 11 kerusi sahaja yang diperoleh parti itu dan DAP menjadikan kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) MCA dan Gerakan sebagai menguji kekuatan pengaruhnya.
DAP yang merupakan parti pembangkang kaum Cina terbesar bergerak mara hingga membentuk kerjasama longgar dengan Pas pada 1999 dan kemuncaknya pada PRU 2008 dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang turut serta mewujudkan pakatan pembangkang tunggal yang mencabar Barisan Nasional (BN).Walaupun DAP di dalam pakatan pembangkang, ideologi mereka masih tidak sama dengan ideologi Pas,sementara itu, MCA atau Gerakan dilihat bersifat sederhana.
Secara umumnya, MCA mengakui semua bentuk institusi politik negara yang berasaskan Perlembagaan, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan agama Islam agama rasmi serta mengakui hak istimewa orang Melayu, walaupun di dalam hati mereka tidak bersetuju, tetapi mereka tidak menunjukkan dalam tindakan dan prinsip parti mereka.Berbeza dengan DAP, ia terang-terangan menolak yang boleh dikatakan semua yang berasaskan kemelayuan dan keislaman di negara ini. Tentunya slogan Malaysian Malaysia itu masih menjadi ideologi DAP yang didorongi oleh sistem politik Singapura yang berbentuk republik.
Kemenangan cemerlang pakatan pembangkang dalam PRU-12 menyemarakkan lagi semangat DAP untuk menjadi jaguh kaum Cina dan semakin berlagak menjadi jaguh pakatan pembangkang. Apalagi dengan Anwar berdepan dengan masalah peribadinya manakala MCA atau Gerakan semakin ketinggalan kebelakang.Pakatan pembangkang yang meniupkan anti UMNO dan BN serta bercita-cita hendak menukar sistem politik Malaysia kepada republik dan menentang sebahagian daripada Perlembagaan negara jelas berjaya mempengaruhi sebahagian pengundi Cina dan Melayu yang tidak begitu faham sejarah dan selok-belok politik negara ini. (Besar kemungkinan faktor sejarah kenegaraan kurang dititikberatkan dikalangan generasi muda.Keinginan DAP mewujudkan semacam ‘ala republik’ di Malaysia tentunya menolak sama sekali akan realiti masyarakat dan sejarah negara ini yang berpaksikan kemajmukan.Jelaslah disini agenda pari DAP lebih memihak kepada kaum cina sahaja,walaupun pada dasar parti ini yang menuntut hak kesamarataan antara kaum.
Sentimen perkauman masih kuat di Malaysia
Selagi rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini menjalani kehidupan secara berasingan mengikut kaum masing-masing, selagi itulah sukar untuk kita melihat satu parti politik yang tidak berasaskan kaum wujud di negara ini.Sekalipun DAP mendakwa partinya bukanlah parti yang mewakili kaum tertentu tetapi semua orang tahu parti itu adalah seperti parti kepunyaan orang Cina.Begitu jugalah dengan Parti Keadilan Rakyat masih tidak dapat mencerminkan sebuah parti yang mewakili rakyat Malaysia yang sebenar.Sebuah parti politik itu hanya boleh dikatakan sebagai mewakili rakyat Malaysia dan tidak berasaskan kaum jika ahli-ahlinya mencerminkan komposisi kaum di negara ini
Oleh kerana kaum-kaum di negara ini menjalani kehidupan mereka secara berasingan yang bermula dari sekolah yang berasingan kemudian bekerja di lapangan yang berasingan maka sukar bagi mereka untuk bergaul dan berkawan rapat antara satu kaum dengan kaum yang lain. Tidak hairanlah apabila mereka hendak membentuk persatuan, membuat apa-apa rancangan, hendak menjalankan perniagaan termasuk juga hendak menubuhkan parti politik atau untuk masuk parti politik, mereka akan mencari rakan-rakan kenalan mereka sahaja.Selagi kita semua tidak mahu menggalakkan anak-anak kita bergaul dan berkawan rapat maka selagi itulah kita tidak dapat melihat satu badan, syarikat, pertubuhan yang betul-betul mewakili komposisi rakyat Malaysia. Peluang yang terbaik untuk anak-anak kita dapat berkawan dan bergaul ialah dengan mengumpulkan mereka di sekolah yang sama.
Seharusnya usaha kerajaan untuk menggalakkan anak-anak tidak kira kaum belajar di sekolah yang sama perlu mendapat sokongan dari semua pihak demi keutuhan perpaduan bangsa pada masa depan. Kita juga hairan bagaimana DAP yang mendakwa parti yang tidak berasaskan kaum telah menentang sekolah wawasan yang dianjurkan oleh kerajaan bagi membantu merapatkan jurang perkauman di negara ini.Sepatutnya DAP lah yang lebih ke depan dalam hal ini kerana ia selalu mendakwa partinya tidak menggalakkan wujudnya perkauman. Kalau DAP sendiri ingin melihat partinya benar-benar mewakili komposisi kaum negara ini seharusnya dari sekarang ia kena mengambil langkah untuk merapatkan jurang perkauman di negara ini, kalau tidak DAP hanyalah bermimpi di siang hari sahaja.Perkara ini jelas menunjukan parti politik di Malaysia masih mengamalkan politik perkauman dengan berpihak kepada sesuatu kaum.
Transformasi Politik di Malaysia
            Transformasi politik bermaksud mengubah sesuatu perkara kepada yang lebih baik.Melihat kepada konsep Transformasi politik di Malaysia pada hari ini,transformasi politik ini merupakan perkara yang penting untuk mengekalkan negara demokrasi yang diamalkan oleh Malaysia.Tranformasi politik ini dilakukan disebabkan oleh beberapa faktor yang berkemungkinan disebabkan oleh kesedaran pihak pemerintah atau golongan elit ini untuk mengubah sesuatu perkara yang dianggap sudah tidak sesuai atau releven pada masa kini.Seterusnya,desakan oleh masyarakat sivil yang mendesak golongan pemerintah atau golongan elit ini untuk mengubah perkara yang dianggap perlu diubah untuk kepentingan masyarakat.Ini bertepatan dengan konsep masyarakat sivil,
”...adalah agen perubahan sosial yang penting,sama ada sebelum atau selepas proses pendemokrasian,dalam mempengaharui perkembangan dan perubahan sesebuah sistem politik”(Hall 1995,20).
Desakan daripada pihak luar juga dapat mendorong golongan pemerintah ini untuk melakukan transformasi politk disebabkan tekanan-tekanan yang diterima.Transformasi merupakan agenda penting yang ingin dijayakan di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.Ada empat tonggak perubahan utama yang diperkenalkan beliau iaitu Gagasan1 Malaysia, Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi iaitu Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10). Keempat-empat tonggak perubahan itu bertujuan memastikan negara dapat mencapai hasrat Wawasan 2020, iaitu menjadikan Malaysia negara yang benar-benar maju menjelang 2020 mengikut acuan sendiri.Namun,penumpuan kepada esei ini ialah transformasi politik yang dilakukan oleh pihak kerajaan.
Pada masa ini, wacana politik Malaysia diwarnai beberapa pola pemikiran baru.Pola pertama ialah pertumbuhan wacana politik yang diasaskan pada arus pemodenan. Kemunculan pelbagai pertubuhan sivil dan perikatan politik menuntut amalan ketelusan dan keterbukaan dalam pelbagai aspek kehidupan bermasyarakat adalah contoh terdekat memahami realiti pola moden dalam wacana politik baru.Arus ini menuntut pengamalan sistem demokrasi yang menyeluruh membabitkan kepentingan satu amalan kesaksamaan dalam penggunaan sumber media dan kebebasan berhimpun dan bersuara.Kegiatan politik yang didorong arus ini ialah amalan yang disertai semua peringkat masyarakat.Arus ini juga menuntut penghormatan tinggi terhadap hak asasi manusia serta memperjuangkan kesaksamaan kewarganegaraan tanpa dibatasi halangan kaum dan agama.
Pola kedua pemikiran politik yang mewarnai wacana politik Malaysia ialah arus berteraskan agama.Pengaruh pemikiran politik berasaskan Islam semakin mengakar dalam kehidupan masyarakat.Pola ini sering juga dirujuk di dalam wacana akademik sebagai ‘Islam politik’ atau political Islam.Pola pemikiran ini juga akan terus tumbuh dan berkembang kerana persoalan politik adalah sebahagian perbahasan penting ajaran agama.Malah,dari perspektif ajaran Islam, agama ialah sumber utama pembangunan pemikiran dan amalan politik.Kedua-duanya iaitu agama dan politik tidak boleh dipisahkan.Ini kerana antara seruan agama terpenting ialah menuntut penganutnya memperjuangkan sistem kehidupan yang saksama, makmur dan adil untuk seluruh warga penduduknya.Semua seruan ini adalah persoalan asas dalam wacana pemikiran politik.
Transformasi politik di Malaysia yang ketara pada hari ini ialah pemansuhan Akta ISA 1960.Di dalam akta ini, sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangka mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya.Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan.Pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini. Pada masa kini, mahkamah hanya boleh melihat semula perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA.ISA digunakan secara konsisten terhadap mereka yang mengkritik kerajaan dan mempertahankan hak asasi manusia.Dikenali sebagai "keganasan putih" (white terror), ia amat ditakuti dan dibenci, meskipun menjadi satu alat mudah untuk negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka.Oleh sebab itu,ramai pihak yang menentang Akta ISA 1960 ini.

Pelbagai respon yang diterima mengenai pemansuhan Akta ISA 1960 ini.Pemerhati politik melihat perubahan yang besar dan berani oleh Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan satu transformasi politik yang berani kerana Akta ini dilihat tidak releven digunakan pada masa ini.Ini kerana Akta ISA ini dilihat mengekang kebebasan individu dan hak asasi manusia yang mana individu-individu yang cuba mencetuskan hura-hara akan dimasukkan ke dalam tahanan tanpa dibicarakan sebab-sebab mereka di tahan.Sesetengah pihak berpendapat Akta ini tidak sesuai digunakan untuk orang awam seperti wartawan dan ahli politik,kerana hak asasi mereka tercabar dengan Akta ISA ini.
Namun,disebalik pemansuhan Akta ini,pihak pemerintah atau kerajaan akan menggubal undang-undang baru yang akan menggantikan Akta ini.Menurut sumber,kerajaan akan menggubal dua rang undang-undang bagi mengantikan Akta ISA ini.Rang undang-undang yang akan digubal ini lebih menenkankan hak asasi individu,kebebasan sivil dan menjaga keamanan awam.Menurut Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak,akta yang digubal ini membolehkan Malaysia mengamalkan sistem demokrasi dengan lebih baik dan dihormati negara lain.
Transformasi politik yang seterusnya dapat kita lihat hasil daripada kesedaran pihak pemerintah untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).Auku merupakan Akta yang perlu dipatuhi oleh setiap pelajar di Universiti atau mana-mana institut pengajian tinggi.Baru-baru ini terdapat kes Empat bekas pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membuat kejutan apabila Mahkamah Rayuan di Putrajaya meluluskan permohonan mereka mencabar Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan memutuskan  akta itu yang melarang penuntut universiti menyertai politik bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.Menurut mereka Akta ini bertentangan dengan artikel 10 perlembagaan persekutuan.
Menurut Akta ini “pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar  bersekutu dengan persatuan, dsb. Perkara 15 (1) Seseor ang pel ajar  Universi ti  boleh menjadi   ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, sama ada ia di dalam atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam atau di luar Malaysia, selain:
(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
(b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau
(c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang  yang telah ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding dengan Lembaga, secara bertulis kepada Naib Canselor sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.[3]
AUKU dilihat menghalang perkembangan sihat minda kritikal dan pemikiran asal pelajar yang bukan sahaja tidak produktif ,malah mengongkong,kerana Universiti sepatutnya menjadi institusi yang melahirkan para pemikir serta pembaharuan bukan pelajar yang dilatih untuk mengikut apa sahaja yang telah dtetapkan.Pemansuhan AUKU dapat memberikan pelajar untuk bebas menyuarakan pandangan mereka tanpa disekat oleh mana-mana undang-undang.Kebebasan bersuara ini tidak bermakna pelajar Universiti boleh melakukan apa-apa perkara sesuka hati,kerajaan harus meneliti garis-garis panduan yang dapat digunkan oleh pelajar untuk menyuarakan pandangan mereka.Ini bertujuan untuk mengelakan perkara-perkara yang dapat merosakkan imej negara.


Kesimpulan

Melalui perbincangan yang telah dinyatakan didalam esei ini mengenai politik perkauman dan transformasi politik di Malaysia jelas menunjukkan scenario politik semasa negara ini.Perbincangan yang dimulakan dengan sejarah peristiwa 16 Mei 1969 yang merupakan satu titik hitam dan bersejarah yang berlaku diantara kaum Melayu dan Cina pada masa itu.Peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa amalan politik perkauman sememangnya membawa kepada perbalahan dan pertelingkahan antara kaum itu sendiri.Walaupun kaum Melayu dan Cina telah membuat kontrak sosial yang mana didalam kontrak sosial ini mereka telah bersetuju untuk mengakui agama islam sebagai agama rasmi,hak istimewa orang melayu dan lain-lain.Namun hakikatnya tidak,kaum cina telah mempersoalkan keistemewaan orang melayu dan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan sehingga mencetuskan konflik ini.Situasi politik Malaysia sekarang,dengan mengambil contoh Parti UMNO jelas masih mengamalkan politik perkauman iaitu memperjuangkan dan mempertahankan masyarakat Melayu walaupun UMNO merupakan parti komponen didalam Barisan Nasional yang memperjuangkan kepentingan semua kaum.Perkara ini juga dapat dilihat terhadap parti pembangkang iaitu Parti Tindakan Demokratik atau lebih dikenali DAP yang jelas dapat dilihat parti tersebut didominasi oleh kaum Cina,walaupun parti tersebut menyatakan tidak memperjuangkan mana-mana kaum.Transformasi politik pula seperti mana yang telah dibincangkan merujuk kepada golongan elit atau golongan pemerintah itu sendiri yang mengubah landskap politik.Transformasi politik di dalam esei ini telah membincangkan mengenai pemansuhan Akta ISA dan AUKU yang telah memberikan impak yang besar terhadap politik negara.Akta ISA yang selama ini dikecam oleh pelbagai pihak telah pun dimansuhkan dan akan terdapat undang-undang baru yang akan mengantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri ini.Pemansuhan ISA ini merupakan langkah kerajaan untuk menjamin hak kebebasan individu dan hak asasi manusia.Kerajaan juga akan memansuhkan Akta AUKU yang selama ini menyekat pelajar untuk terlibat di dalam dunia politik.Usaha yang dilakukan ini dapat melahirkan mahasiswa yang berfikiran intelek,kritis dan berwawasan untuk turut serta dalam membangunkan negara.Namun,kerajaan juga harus memikirkan langkah-langkah untuk mengawal kebebasan ini.Maksudnya disini,untuk mengelakan perkara-perkara yang buruk berlaku,perlunya pengawalan tetapi pengawalan didalam bentuk untuk menjamin keamanan.

Rujukan


Hussain Mohamaed. 1987. Membangun Demokrasi pilihan raya di Malaysia. Kuala Lumpur:Karya Bestari.

Jamaie Hamil. 2005. Umno dalam Politik dan PERNIAGAAN MELAYU. Bangi:Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abdul Aziz Bari. 2008. Perlembagaan Malaysia: Teori dan Praktis. Selangor : Arah Publication.
Presented to Parliament by the Secretary. 1963. Malaysia(Agreement concluded between yhe United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland,the federation of Malaya,North Borneo,Sarawak and Singapore)
Abdul Rahim Abd Rashid.2004. Patriotisme :Agenda Pembinaan Bangsa. Kuala Lumpur : Maziza Sdn Bhd.
Ghazali Mayudin. 2008. Politik Malaysia Perspektif Teori dan Praktik. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sivamurugan Pandian. 2005. Jalan Ke puncak. Kuala Lumpur : Sanon Printing.      
Hussein Al Atas. 2002. Ke mana dengan Islam. Kuala Lumpur : Utusan Publications
Azmi Khalid,Siti Ratnamala. 1985. Perlembagaan Moden(terjemahan K.C Wheare).
Alias Muhammad. 1987. Sejarah Perjuangan Pas. Kuala Lumpur : Gateway Publishing
Edmund Terence Gomez. 2007. Politics in Malaysia. New York : Routledge


[1] UMNO dalam POLITIK dan PERNIAGAAN MELAYU,bab 2 Latar belakang Sosiopolitik dan Ekonomi Melayu sebelum DEB,Bab 3 Falsafah Pembentukan beberapa dasar Kerajaan Kepentingan Masyarakat Melayu, 2005, Jamaie Hamil.
[2] Patriotisme Malaysia: penangkis neoimperialisme,2005 Ruhanie Haji Ahmad

[3] Perlembagaan Malaysia,Warta Kerajaan SERI PADUKA BAGINDA diterbitkan dengan kuasa HIS MAJESTY’S GOVERNMENT GAZETTE,PUBLISHED BY AUTHORITY.


FEDERALISME MALAYSIA 



Pengenalan

Politik federalisme ialah satu bidang kajian sains politik yang mula mendapat perhatian sarjana sebagai satu sistem politik hanya selepas perang dunia kedua.Sebab utama kenapa perkara ini berlaku ialah kerana kebanyakan negara-negara sedang membangun masuh lagi belum merdeka,dan ini sekali gus bermakna keperluan untuk mengkaji sistem poltik yang sesuai bagu negara-negara ini masih belum timbul lagi. Justeru itu,ia merupakan satu bidang baru,maka satu kerumitan kepada sesiapa sahaja yang mengkaji politik federalisme untuk memberi maknanya  yang tepat kepada istilah federalisme ini.Umumnya sistem federalisme ini terbahagi kepada dua sistem iaitu sistem federalisme terpancar(decentralized federalisme) kepada sistem federalisme terpusat(centralized  federalisme).Melihat kepada sistem federalisme di Malaysia,Malaysia adalah negara yang mengamalkan konsepa federalisme(persekutuan)( Mohd Foad 1999).Memetik pandangan Wheare yang menyebut bahawa konsep federalisme  bermaksud wujudnya dua peringkat kerajaan negeri yang tiap-tiap kerajaan itu mempunyai had bidang kuasa masing-masing serta bebas daripada campur tangan orang lain.Ditinjau dari sudut sejarah,konsep federalisme di negara kita telah wujud dan digunakan pakai sejak tahun 1986.Ia bermula apabila kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu diperkenalkan melalui Perjanjian Persekutuan 1895 yang menggabungkan empat negeri yang dijajah British iaitu Selangor,Perak,Pahang dan Negeri Sembilan di bawah satu kerajaan pusat yang diketuai oleh Residen Janeral.Setiap negeri itu pula diketuai oleh seorang Residen yang mentadbir berdasarkan panduan kuasa yang telag digariskan.Esei ini akan membincangkan konsep federalisme di Malaysia dan kelemahan aspek perlaksanaannya di Malaysia.Adakah sistem federal yang diamalkan di Malaysia ini terdapat kelemahan?percanggahan dan pertindihan kuasa antara kerajaan pusat dan negeri telah menyebabkan konflik kedua-dua kerajaan ini.

Definisi Federalisme dari segi etimologi

Dari segi etimologi,istilah federalisme berasal dari perkataan Latin foedus yang bermakna ‘persetujuan’ atau perjanjian atau perikatan.Punca perkataan foedus pula adalah dari perkataan latin fides dan perkataan Inggeris bind (ikat) yang bermaksud satu bentuk perjanjian sukarela diantara pihak-pihak yang terlibat untuk membentuk satu perikatan negara.Perikatan bermaksud perjanjian sukarela diantara pihak-pihak yang terlibat untuk membentuk satu perikatan negara.Dalam konteks ini setiap perikatan antara kerajaan adalah dianggap sebagai persekutuan.Menurut Elzar(1987),federalisme  mula digunakan tahun 1645 lagi.Seterusnya menurut  Wheare(1967:10)
“method  of dividing powers so that the general and regional government are each,within a sphere co-ordinate and indipendent”,ini bermaksud kerajaan pusat dan negeri adalah bebas untuk menjalankan bidang kuasa masing-masing tanpa campur tangan dari mana-mana dua kerajaan ini.Definisi yang dibuat oleh Wheare ini ditentang hebat oleh sarjana barat yag lain antaranya Birch(1987) Riker(1964) yang menekan negara persekutuan bukan sahaja berkaitan dengan pembahagian kuasa,tetapi juga status kesamarataan kedua-dua peringkat kerajaan  dalam membuat keputusan berkaitan dengan bidang kuasa masing-masing.Livingston(1956:1-2) melihat tingkat utama persekutuan bukan hanya sekadar sebagai fungsi undang-undang dan organisasi pentadbiran                                  ,tetapi juga pada tarikan ekonomi ,sosial,politik dan budaya.Friedrich(1968:7),melihat sistem persekutuan sebagai sati proses;
“...a number of separate political communities enter into arrangements for working  out solutions ,adopting joint  policies,and making  joint decision on joint problem,and conversely also a process by which a unitary political community becomes differentiated into a federally organized whole”
Ini bermaksud komuniti-komunit politik yang berbeza telah memasuki satu perjanjian untuk mencari jalan penyelesaian dengan mengunakan dasar-dasar yang sama dan membuat keputusan secara bersama berkaitan dengan masalah bersama.Oleh itu,sistem persekutuan melibatkan perundingan antara wilayah-wilayah autonomi untuk membentuk kerajaan pusat bagi membuat keputusan bersama-sama,maka definisi ini jelas menunujukan bahawa,sistem persekutuan tidak boleh dibincangkan tanpa merujuknya kepada latarbelakang sosial masyarakat,aspek inilah yang membezakan dengan definisi persekutuan beliau dengan wheare yang hanya merujuk kepada sistem perundangan dalam definisinya.
Konsep Federalisme
Konsep federalisme ditakrifkan sebagai,wujudnya dua peringkat kerajaan iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri.Setiap dua peringkat kerajaan ini mempunyai bidang kuasa masing-masing dan dalam pada masa yang sama hendaklah bebas daripada campurtangan yang lain.Takrif federalisme ini sangat menitik beratkan ketidakcampuran dalam soal bidang kuasa yang dihadkan kepada dua peringkat kerajaan ini.Takrif ini tidak boleh dianggap universal atau menegenakan syarat yang wajib  dipatuhi oleh konsep ini.Keperluan kebebasan kuasa antara dua peringkat kerajaan pusat dan negeri ini adalah merupakan perkara yang perlu diberi penekanan(Shaikh Mohd: 1984 : 2).Menurut Shaikh Mohd apa yang dimaksudkan dengan kerajaan persekutuan ialah satu susunan kuasa yang mana “kuasa dibahagikan di antara dua peringka kerajaan ,iaitu pusat dan negeri dan yang satu tidak berhak mengambil kuasa yang telah diberikan kepada yang lain”.Konsep federalisme ini berbeza dengan konsep unitary hanya pada nama sahaja disebabakan oleh kuasa kerajaan unitary lebih tertumpu kepada kerajaan pusat sahaja.Sesebuah kerajaan adalah tidak tepat jika dibezakan sebagai unitari atau federal kerana  sesuatu sistem federal adakalanya lebih cenderung kepada unitari,sementara adakala kerajaan unitary lebih cenderung kepada sistem federalisme. Melihat kepada bentuk kerajaan bersekutu ,sama ada yang lama atau yang baru,satu sifat yang ketara ialah pembahagian kuasa kepada dua peringkat kerajaan.Menurut C.F Strong,menyedari hakikat ini,beliau mengatakan yang perlu dan tidak boleh ditidakkan ialah pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan bersekutu.Federalisme wujud secara sengaja.Bentuk kerajaan ini wujud secara sengaja kerana untuk mengatasi masalah susunan kuasa politik.Menurut William S Liwingstone (1974:1)“ianya bukanlah sesuatu yang timbul tanpa sebab,tetapi sesuatu yang disengajakan bagi maksud memenuhi keperluan tertentu”.Fakta-fakta yang menentukan pilihan bentuk kerajaan persekutuan ini amat banyak,keinginan ini didorong oleh tradisi sejarah dan adakala pilihan yang terpaksa dibuat disebabkan oleh fakta-fakta sejarah telah menghasilkan institusi-institusi yang tidak dapat diketepikan atau dimansuhkan.Di Malaysia,keengganan penjajajah British memerintah negeri-negeri melayu secara langsung telah meghasilkan pentadbiran melalui institusi Residen.Setelah kaedah yang digunakan ini Berjaya diperkenalkan di empat buah negeri Melayu,iaitu di Perak,Selangor,Pahang dan Negeri Sembilan,masalah ketidakkeseragaman dasar dan undang-undang mula menampakan tahap pembangunan di kempat-empat b uah negeri ini tidak seimbang.Bagi mengatasi masalah ini,satu bentuk kerajaan perlu diusahakan supaya pentadbiran dapat diseragamkan.Oleh itu,pada tahun 1895.timbulah dasar unite and rule yang mana telah mendorong pembentukan persekutuan kali pertama oleh British di Malaysia dengan diberi nama Negeri-negeri Melayu Bersekutu.Skim federalisme adalah cubaan  kerajaan British mengatasi masalah yang timbul dari dasar non-annexationnya dan sebagai satu langkah melindungi kepentingan dan kedudukan masyarakat asing iaitu cina dan india.Tahun 1895 merupakan titik perkembanagan konsep federalisme di Malaysia.Wujudnya sistem persekutuan yang dibuat oleh British ini beberapa aspek masalah yang sedia wujud pada masa itu telah dapat diatasi.Namun timbul masalah lain,terutamanya maslah ketidakpuasahatian di kalangan Raja-Raja Melayu tentang kedudukan mereka dalam rangka pentadbiran baru itu.Kedaulatan Raja-raja Melayu di keempat negeri ini tergugat terutama keangotaan mereka didalam Majlis Persekutuan yang setaraf dengan ahli-ahli biasa yang lain dan segala undang-undang yang diluluskan oleh Majlis ini ditandatangani oleh Pesuruhjaya Tinggi dan bukan raja-raja Melayu.Pada tahun 1915,semua negeri ditanah Melayu Berjaya ditakluki oleh British.Negeri negeri seperti Pulau Pinang,Melaka,Singapura diletakan dibwah negeri-negeri selat.Pada waktu yang sama juga negeri-negeri seperti Kedah,Perlis ,Kelantan,dan Terengganu telah diserahkan kepada British daripada kerajaan siam dan dalam pada masa yang sama juga Negeri Johor pada tahun 1914 telah menandatangani perjanjian dnegan British untuk menerima khidmat penasihat umum.Hasil daripada penaklukan ini,pegawai-pegawai British mendapati perlu satu sistem untuk menyeragamkan keseluruhan pentadbiran.Bagi mengatasi masalah pentadbiran tiga unit yang berlainan ini ialah melalui konsep “union” atau konsep “kesatuan”.Cadangan konsep kesatuan ini telah dicadangkan oleh  Sir Cecil Clementi Smith tetapi cadangan ini telah mendapat tentangan yang kuat oleh masyarakat melayu.Setelah kekalahan jepun di Tanah Melayu dan pemerintahan semula British sebagai satu peluang untuk memperkemas dan mengubah cara pentadbiran negeri-negeri di Malaya.Bagi mencapai tujuan tersebut pihak British telah menghantar Sir Harold Mac Michael sebagai wakil baginda  Queen untuk mendapat persetujuan Raja-raja Melayu untuk menyerahkan kuasa pentadbiran kepada kerajaan British.Malayan Union atau kesatuan Malaya sebagai satu perubahan susunan kuasa pentadbiran dan politik.Perubahan ini,Raja-raja Melayu dikehendaki dan pada hakikatanya dipakasa untuk menyerahkan kedaulatan masing-masing kepada kerajaan British.Antara perkara yang menjadi tentangan Raja-raja melayu adalah mengenai penyerahan kuasa ke atas semua harta negeri kepada kerajaan Malayan Union.Penentangan Masyarakat Melayu menegenai Malayan Union akhirnya menyebabkan kerajaan British terpaksa akur dan memansuhkan Malayan Union dan digantikan dengan kerajaan bentuk persekutuan  ,pada tahun 1948 terbentuknya persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi dua Negeri Selat dan Pulau Pinang,dan sembilan Negeri Melayu.Penubuhan persekutuan yang menyeluruh ini,telah menyebabkan unsure federalisme mulai meresap dalam sistem pentadbiran. Institusi-institusi yang lazim terdapat pada kerajaan persekutuan juga turut diwujudkan dan perhubungan diantara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri mula terbentuk mengikut kaedah-kaedah tertentu.Sebelum kemerdekaan pada tahun 1957,hampir segala aspek pentadbiran secara persekutuan telah wujud dan satu susunan kuasa mengikut kaedah persekutuan telah wujud dan satu susunan kuasa mengikut kaedah persekutuan sudahpun sempurna diperkenalkan. Bentuk persekutuan ini dipilih kerana beberapa sebab dan diantara sebab-sebab penting ialah pengalaman sejarah,penentanga terhadap konsep union atau kesatuandan untuk memelihara historical continuity sebagai langkah memelihara jentera pentadbiran yang sekian lama sudah wujud.Kemasukan negeri sabah,Sarawak, dan singapura ke dalam persekutuan telah menimbulkan perbezaan besar kepada konsep federalisme yang telah diamalkan sekian lama di Tanah Melayu.Perlembagaan persekutuan telah diubahsuaikan untuk mengadakan beberapa jaminan kepada negeri-negeri bersekutu yang baru ini,kedudukan sabah dan Sarawak lebih istimewa dari kedudukan negeri-negeri bersekutu di semenanjung.Ini jelas menunujkan bahawa konsep federalisme di Malaysia menuntut pembahagian kuasa antara dua peringkat kerajaan ini.
Federalisme di Malaysia
Sesebuah kerajaan itu mempunyai kuasa yang ‘sedarjat’ dan’ bebas antara satu sama lain’ boleh selalu berbeza kerana itu adalah soal pentfsiran dan pemerintahan seseorang.Membincangkan sama ada sebuah persekutuan mengandungi pembahagian kuasa yang jelas antara kerajaan persekutuan dan negeri,dan sejauh mana dua peringkat kerajaan ini bebas anatara satu sama lain. Jika sekiranya mereka bebas,maka kerajaan tersebut adalah jelas mengamalkan sisitem persekutuan,jika tidak sepnuhnya bebas maka disebut sebagai quasi –federal.
“Federal government is not always and everywhere good government. Its only at the most a means to good   government, not a good in itself.”(Wheare:1967 34)
Menurut beliau  pilihan bentuk kerajaan yang baik adalah bergantung kepada situasi yang wujud dalam sesebuah negara itu,bermaksud juga kerajaan persekutuan bebas untuk memggunakan prinsip persekutuan yang difikirkan oleh sesebuah kerajaan itu sesuai ke arah untuk mencapai kepada sebuah pemerintahan kerajaan yang baik.Mengambil daripada pandangan sarjana Wheare yang mengatakan bahawa federalisme di Malaysia adalah bersifat quasi federal  berbanding dengan sistem federal mutlak.
Sistem Federal di Malaysia dari segi praktik
Dari segi praktiknya,kerajaan pusat mempunyai bidang kuasa memerintah melalui Dewan Rakyat, manakala kerajaan negeri pula melalui Dewan Undangan Negeri. Hal perkara undang-undang Persekutuan dan Negeri dinyatakan dalam Perkara 74 iaitu Bahagian 6 Perlembagaan Persekutuan.Hanya Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut dalam Senarai Persekutuan (iaitu Senarai Pertama yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan). Senarai Persekutuan, iaitu Senarai I, mempunyai 28 perkara yang merangkumi hal ehwal luar negeri, pertahanan, keselamatan dalam negeri, undang-undang dan tatacara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan, kewangan, perdagangan, perindustrian dan pendidikan. Hampir semua perkara-perkara penting berkaitan pentadbiran negara disenaraikan di bawah bidang kuasa eksklusif kerajaan pusat. Hanya Badan Perundangan sesuatu Negeri boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut dalam Senarai Negeri (iaitu Senarai Kedua yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan). Senarai Negeri, iaitu Senarai II, mempunyai 13 perkara yang difikirkan mempunyai kepentingan bersifat tempatan ini seperti hal berkaitan hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam, tanah dan kerajaan tempatan, perkhidmatan tempatan dan jentera kerajaan negeri. Jelas sekali kuasa kerajaan negeri terhad dibandingkan dengan kerajaan pusat Persekutuan dan Negeri boleh menggubal undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut dalam Senarai Bersama (iaitu Senarai Ketiga yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan). Senarai Bersama iaitu Senarai III yang terkandung dalam Jadual Kesembilan mempunyai 14 perkara termasuk kebajikan masyarakat, perancangan bandar dan desa, kesihatan awam dan saliran pengairan. Perkara -perkara dibawah senarai ini menjadi tanggungjawab bersama kerajaaan-kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Kebebasan Parlimen membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut dalam Senarai tanpa perlu kepada persetujuan atau kebenaran negeri dapat dilihat dalam proses Penjalanan kuasa perundangan parlimen sebagaimana termaktub dalam Perkara 66. Kebebasan Negeri -negeri untuk menggubal undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut dalam Senarai Negeri juga dapat dilihat dari penjalanan kuasa perundangan negeri sebagaimana termaktub dalam Jadual Lapan. Peruntukan dalam Jadual tersebut menyatakan bahawa kuasa badan perundangan untuk membuat undang-undang dijalankan melalui Rang Undang-Undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan dan diperkenankan oleh Raja. Ini bermakna Perekutuan tidak terlibat langsung dalam proses penggubalan undang-undang di peringkat negeri. Untuk memastikan tujuan, agenda dan misi negara (nasional) tercapai, maka kerajaan negeri dan kerajaan pusat bersetuju bekerjasama dalam banyak bidang. Di antara kuasa bersama ialah kebajikan awam, biasiswa, taman negara dan hidupan liar, parit dan tali air dan perkara-perkara lain yang bersangkutan. Kerajaan atau pemerintahan pusat juga mengatur beberapa urusan yang dianggap nasional yang perlu diikuti oleh kerajaan negeri. Pemerintah pusat mengatur polisi nasional untuk kesejahteraan seluruh negeri dan rakyat. Bagaimanapun, kerajaan pusat masih tetap menghormati bidang kuasa yang dimiliki oleh negeri.
Hubungan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dari segi amalan
Perhubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan telah termaktub dalam bahagian 6 Perlembagaan persekutuan . Sistem federalisme sangat menekankan kepada pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri, iaitu setiap satu kerajaan tidak berhak mengambil kuasa yang telah diberikan kepada yang lain.Ini menunjukkan bahawa dalam negara federalisme terdapat keseimbangan kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri sehingga kerajaan pusat tidak dapat memonopoli atau melakukan campur tangan yang besar terhadap kerajaan negeri. Sekiranya tidak ada keseimbangan kuasa antara kerajaan negeri dan pusat, maka sistem ini dikatakan sebagai quasi-federal. Malaysia dikatakan negara quasi-federal kerana perlembagaannya yang tidak seimbang dengan memberi kuasa kepada kerajaan pusat sehingga membolehkan kerajaan pusat menceroboh bidang kuasa kerajaan negeri. Ini diperuntukkan dalam Perkara 76(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa kerajaan pusat boleh menceroboh kuasa kerajaan negeri dalam 3 perkara iaitu Bagi maksud melaksanakan apa-apa triti, perjanjian dan konvensyen antara persekutuan dengan mana-mana negeri lain, atau apa-apa keputusan pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh persekutuan,  kedua bagi maksud mengadakan persamaan undang-undang dari antara dua buah negeri dan lebih, seterusnya jika diminta oleh mana-mana dewan negeri. Kedudukan negeri-negeri juga sedikit sebanyak menerima kesan daripada pemakaian Perkara 76. Parlimen diberi kuasa membuat undang-undang yang diperuntukkan dalam senarai negeri. Namun ia ada kebarangkalian kerajaan pusat menandatangani perjanjian antarabangsa yang boleh mengakibatkan hak- hak negeri terjejas, pada masa yang sama perundingan dengan kerajaan negeri tidak wajib dilakukan oleh kerajaan pusat. Urusan kewangan juga memberikan kita bahawa gambaran kuasa besar yang diberikan kepada kerajaan pusat. Perlembagaan memperuntukkan negeri hanya boleh membuat pinjaman dengan kerajaan pusat atau pihak berkuasa kewangan yang diluluskan sahaja. Dalam hal lain perlembagaan meletakkan kewajipan kepada kerajaan pusat membayar geran tertentu kepada negeri. Namun demikian berlaku kelambatan pembayaran kepada sesetengah negeri.Ini terjadi kepada negeri Kelantan dan Terengganu.
Praktis Pengasingan Kuasa Di Malaysia
Doktrin Pengasingan Kuasa di Malaysia,corak pemerintahanya di Malaysia telah ditentukan menerusi Perlembagaan Persekutuan dengan mengasingkan tiga badan yang terlibat dalam pemerintahan negara, iaitu badan perundangan (legislatif), badan pentadbiran (eksekutif) dan badan kehakiman (judiciary). Pengasingan ketiga-tiga badan dalam pemerintahan negara disebut sebagai doktrin pengasingan kuasa. Doktrin ini dikemukakan oleh Montesquieu, seorang ahli falsafah terkemuka Perancis pada abad ke-18. Menurut Ranjit Singh Malhi (2000), idea terpenting mengenai pengasingan kuasa ialah orang yang sama tidak harus bertanggungjawab bagi membuat undang-undang, menguatkuasakannya dan menghukum orang-orang yang melanggarnya. Ini bermakna doktrin tersebut melibatkan pembahagian kuasa pemerintahan yang jelas antara badan-badan perundangan, eksekutif dan kehakiman tanpa sebarang pertindihan.
Doktrin ini menjelaskan bahawa badan yang membuat undang-undang hanya dibenarkan membuat dan tidak boleh menyerahkan kuasa itu kepada badan-badan lain serta tidak boleh mempunyai kuasa-kuasa lain. Badan yang memerintah hanya dibenar menjalankan pemerintahan negara dan tidak boleh membuat undang-undang dan menjalankan kuasa kehakiman. Begitu juga dengan badan kehakiman yang hanya dibenrkan melaksana kuasa kehakiman dan tidak boleh membuat undang-undang atau menjalankan kuasa pemerintahan. Matlamat doktrin pengasingan kuasa ialah untuk mengelakkan pemusatan kuasa di dalam tangan mana-mana pihak.
Menurut Ruslan Zainuddin (2004), struktur pemerintahan di Malaysia mengandungi ketiga-tiga badan di dalam sistem pemerintahan iaitu badan perundangan, badan pentadbiran dan badan kehakiman. Kuasa tertinggi di atas ketiga-tiga badan itu terletak pada Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Ini bermakna Yang di-Pertuan Agong adalah sekaligus merupakan ketua kepada ketiga-tiga cabang kerajaan. Menurut Perlembagaan, baginda bukan sahaja memegang kuasa eksekutif malahan juga kuasa perundangan. Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan iaitu kuasa memerintah Persekutuan dan Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan iaitu kuasa perundangan Persekutuan.
Kelemahan sistem persekutuan di Malaysia
Sistem persekutuan yang diamalkan di Malaysia ternyata terdapat kelemahan yang dapat dilihat antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.Banyak isu yang timbul,yang tidak memuaskan hati dua peringkat kerajaan ini.Kelemahan yang dapat dikaji adalah dari segi undang-undang dan pembangunan yang tidak seimbang.Di Malaysia khususnya kita dapat melihat banyak perbezaan diantara negeri yang diperintah oleh kerajaan dan negeri yang diperintah oleh pihak pembangkang.Jelas dapat kita melihat bahawa pembangunan di negeri yang diperintah oleh kerajaan jauh lebih maju dan berkembang jika hendak dibandingkan dengan negeri yang diperintah oleh pakatan pembangkang.Perkara ini jelas menunjukkan kerajaan pusat memilih bulu dalam memberikan peruntukan kepada negeri yang dipegang oleh kerajaan.kaedah asas yang rasional contohnya hanya 2.9 peratus (peruntukan) kepada negeri Pakatan tetapi negeri di bawah Barisan Nasional menerima peruntukan sebanyak 20 peratus.Perkara ini jelas menunjukan  bahawa diskriminasi kerajaan pusat terhadapa negeri pakatan pembangkang. konsep federalisme kian terhakis ekoran beberapa negeri di bawah PR hanya menerima peruntukan kecil walaupun menyumbangkan sejumlah besar hasil negeri.Sebagai contohnya Selangor yang menyumbangkan sebanyak RM16 bilion setiap tahun tetapi hanya diberi pulangan daripada kerajaan Persekutuan RM400 juta sahaja.
Isu tuntutan pembayaran royalti minyak Kelantan
Seterusnya,baru-baru ini isu royalti minyak 5 % yang dituntut oleh kerajaan negeri Kelantan.Bagaimana isu royalti minyak ini boleh timbul adalah bermula Pada 9 Mei 1975, Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohamad Nasir dan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah telah menandatangani satu Surat cara Peletakhakkan (Vesting Deed/Instrument) yang dibuat menurut peruntukkan subseksyen 2(2) Akta Kemajuan Petroleum 1974(Akta 144). Menerusi surat cara berkenaan, Kerajaan Negeri Kelantan telah meletak hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan yang tidak boleh batal (irrevocable) kepada Petronas berhubung eksplorasi (pencarian), eksploitasi, mendapatkan dan memperoleh petroleum sama ada di pantai (onshore) atau di luar pantai(offshore) Malaysia. Sebagai balasan kepada peletakhakan, kuasa, kebebasan dan keistimewaan yang tidak boleh batal (irrevocable) kepada Petronas itu, pada tarikh yang sama, kedua-dua pihak telah menandatangani satu perjanjian (Perjanjian 1975) mengenai pembayaran sebagaimana yang disyaratkan di bawah Seksyen 4 Akta 144.
Antara kandungan perjanjian tersebut adalah, Perjanjian ini menyatakan Petronas hendaklah membuat bayaran tahunan kepada Kerajaan Negeri Kelantan dalam bentuk wang tunai yang setara dengan 5% dari nilai petroleum yang didapati dan diperolehi di Negeri Kelantan.Menerusi daripada perjanjian ini kerajaan Kelantan berpendapat bahawa Walaupun hasil petroleum didapati dan diperoleh di luar pantai (offshore) Kelantan, Kerajaan Negeri Kelantan berpendapat bahawa ia layak menuntut dan mendapat pembayaran 5% sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perjanjian 1975.
Kerajaan pimpinan Datuk Nik Aziz Che Mat menuntut  RM 2 billion bagi keluaran di kawasan tuntutan bertindih Malaysia- Thailand dan RM 9.7 billion bagi kawasan di sempadan perairan Negeri  Kelantan dan Negeri Terengganu.Menurut kerajaan pusat,beberapa prosedur yang membolehkan kerajaan Kelantan menuntut bayaran tunai 5 % melalui perjanjian 1975 adalah pertama sekali perlu memahami kuasa Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan berhubung sempadan negeri dan negara dalam konteks negara persekutuan seperti Malaysia dan hak mencari gali petroleum menerusi undang-undang tempatan dan antarabangsa.Antara undang-undang tempatan dan antarabangsa yang terlibat adalah Kanun tanah negara 1965. Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) mendefinisikan “tanah negeri” sebagai semua tanah di dalam negeri sama ada daratan atau dasar laut berada di bawah kuasa Kerajaan Negeri tetapi terbatas setakat sempadan daratan dan perairan wilayahnya sendiri sahaja. KTN mengguna pakai definisi “perairan wilayah (territorial waters)” yang sama sebagaimana didefinisikan oleh Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu No.7/1967).
Perlembagaan Persekutuan, UNCLOS 1982 dan Akta Pelantar Benua 1966 [Akta 83], semua hak eksplorasi dan eksploitasi sumber asli (termasuk petroleum) di pelantar benua (continental shelf) adalah terletak hak kepada Kerajaan Persekutuan dan bukannya Kerajaan Negeri. Tiada apa-apa keterangan yang menunjukkan Kerajaan Persekutuan ada menyerah hak eksplorasi dan eksploitasi sumber asli di pelantar benua kepada mana-mana Kerajaan Negeri sama ada menerusi mana-mana undang-undang atau perjanjian. Hak tersebut sentiasa berada di tangan Kerajaan Persekutuan dari dahulu sampai sekarang.
Kerajaan Persekutuan hanya menyerah hak eksplorasi dan eksploitasi sumber asli di pelantar benua kepada Petronas menerusi Akta Kemajuan Petroleum 1974 [Akta 144] di mana Petronas telah diberi kuasa sepenuhnya untuk menjalankan kerja-kerja berkenaan eksplorasi dan eksploitasi petroleum di pelantar benua yang berada di dalam kedaulatan wilayah Malaysia.Begitu juga dengan Kerajaan Negeri Kelantan telah menyerahkan sepenuh haknya (tanpa boleh batal (irrevocable) kepada Petronas untuk menjalankan kerja-kerja berkenaan eksplorasi dan eksploitasi petroleum sama ada di daratan atau laut dalam kawasan perairan wilayahnya menerusi Suratcara Peletakhakkan yang dibuat menurut peruntukan subseksyen 2(2) Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Akta 144) pada 9 Mei 1975.Dalam isu tuntutan Kerajaan Negeri Kelantan ini, keterangan menunjukkan bahawa kedudukan medan/telaga minyak yang terlibat iaitu PM301 dan PM302 berada di kawasan yang melebihi dari 100 batu nautika dari tikas air surut Negeri Kelantan.
Kerajaan negeri Kelantan memfailkan saman terhadap Petronas mendakwa syarikat petroleum nasional itu tidak membayar royalti yang dianggarkan berjumlah RM800 juta sejak 2005.Kerajaan negeri Kelantan berpendirian, tindakan Petronas itu bukan sahaja melanggar undang-undang sedia ada, tetapi juga bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.Pembayaran royalty minyak sebanyak 5% yang sepatutnya  diberikan kepada kerajaan Kelantan telah dinafikan oleh kerajaan pusat dan Petronas.Kerajaan pusat dan petronas mendakwa Kelantan tidak layak mendapatkan bayaran tunai di bawah Perjanjian 1975 bagi mana-mana medan atau telaga minyak yang dijumpai oleh Petronas yang tidak berada dalam sempadan tanah negeri atau perairan wilayahnya sendiri iaitu tidak melebihi 3 batu nautika yang diukur dari tikas (paras) air surut.Tambahan lagi,kerajaan pusat dan petronas mendakwa kerajaan Kelantan tidak seharusnya menuntut royali minyak daripada kerajaan persekutuan. Perjanjian yang telah dibuat oleh Kelantan dan Petronas pada tahun 1975 telah meliputi kawasan yang bertindih tuntutan datau dikenali Joint Development Area (JDA) dibawah pengendalian kerajaan Malaysia dan Thailand.
Memahami kekeliruan disini adalah mengenai perairan Negeri ditakrifkan hanya 3 batu nautika. Bagaimanapun apabila Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia, kedua-dua negeri tersebut dijanjikan hak bahawa segala hasil petroleum mereka akan terus menjadi milik mereka walaupun telaga minyak mereka jauh ke tengah laut dan ditakrifkan sebagai jatuh kedalam Perairan Malaysia. Persoalan 3 batu nautikal tidak lagi menjadi isu. Negeri-negeri menyerahkan hak mereka terutama seperti Sabah dan Sarawak. Bagi Kelantan dan terengganu pula, sebelum tubuhnya Persekutuan Tanah Melayu, kedua-dua negeri ini adalah Negeri-Negeri Tidak Bersekutu. Penyertaan ke dalam Persekutuan menyebabkan banyak hak Raja-Raja mereka tergugar. Oleh itu, di dalam banyak hal antara Negeri dan Persekutuan, semangat yang memeterai perjanjian Persekutuan sering diutamakan.Atas semangat tersebut, Negeri Terengganu mendapat imbuhan royalti minyak walaupun pelantar minyaknya jauh lebih 161 Kilometer ke tengah Laut China Selatan.
Perairan Kelantan tidak dinafikan kaya dengan Gas Asli. Blok PM301 iaitu bermula dari Tumpat hingga ke tengah laut dan blok PM302 yang bersempadan dengan blok PM301 adalah dua blok yang telah diterokai melalui usahasama Petronas Carigali dan Shell. Bukti hasilnya akan di dedahkan di ruangan selepas ini.Kawasan pertindihan atau Joint Development Area (JDA) Malaysia – Thailand pula adalah kawasan teraktif di Teluk Siam. Aktiviti mengeluarkan gas asli di sini telah mula membuahkan hasil bermula 2 Januari 2005. Kawasan JDA di mana operasi projek Cakrawala telah bermula sejak 2005 terletak hanya 150 kilometer dari Bandar Kota Bharu. Ianya terletak 180 dari Pekan Pattani (atau 160 km dari perairannya), 260 km dari Bandar Songkhla dan 310 km dari Pekan Kerteh.
Malaysia menerusi Petronas memperolehi 50% dari hasil penemuan di JDA yang begitu dekat dengan Kota Bharu sehinggakan pemancing tempatan pun boleh pergi ke pelantar tersebut.  JDA lebih dekat dengan Kota Bharu berbanding telaga minyak di Terengganu dan jaraknya dengan Kerteh.Hujah mengatakan Kelantan tidak berhak kerana ia terletak di kawasan bertindih adalah sangat tidak bertepatan kerana,kawasan itu dituntut sebagai hak Malaysia kerana Kelantan adalah sebahagian dari Malaysia,Malaysia memperolehi 50% dari hasil di situ kerana Kelantan adalah sebahagian dari Malaysia.Oleh yang demikian, ia menunjukkan pentingnya Kelantan didalam penyelesaian dan hak Malaysia ke atas JDA. Jika Kelantan adalah sebahagian dari Thailand atau sebuah wilayah bebas, tentu sekali Malaysia tidak ada hak langsung ke atas hasil bumi dan lautan di situ.Sempadan perairan Malaysia disitu dipengaruhi oleh kewujudan Kelantan sebagai sebuah wilayah di dalam Malaysia.Kelantan bukan sebuah negeri yang dijajah atau dirampas oleh Malaysia atau Persekutuan Tanah Melayu. Sejarah membuktikan bahawa Kelantan pernah berada dibawah pengaruh Siam, Jepun dan Inggeris. Sewaktu dibawah pengaruh Inggeris, Kelantan diiktiraf mempunyai sebuah Kerajaan Berdaulat diketuai oleh baginda Sultannya. Inggeris mengklasifikasikan Kelantan sebagai Negeri-Negeri Tidak Bersekutu. Penyertaan Kelantan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu adalah atas semangat Persekutuan bukan dengan rasa dijajah. Sultan Kelantan terus dijamin hak kekuasaannya dibawah semangat Persekutuan dan juga berdasarkan haknya sewaktu menjadi Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.Kelantan menyertai Persekutuan Tanah Melayu atas dasar penyatuan bersatu turut bererti berkongsi.
Isu pemberian royalty minyak ini terus hangat apabila bekas pengerusi petronas Tengku Razaleigh Hamzah sendiri telah menghantar surat kepada Dato Nik Aziz Che Mat berkaitan dengan kemelut isu royalty minyak ini.Antara kandungan surat tersebut,Tengku Razaleigh telah menyatakan :
“Jelas sekali, dengan tafsiran yang dibuat dalam kedua-dua perjanjian ini nampaknya tidak ada keraguan lagi mengenai bidang kuasa dalam dan luar pantai Malaysia mengenai petroliam. Jelas sekali Petronas terikat dengan perjanjian-perjanjian ini begitu juga Kerajaan Negeri Kelantan dan oleh itu Petronas wajib membuat bayaran tunai sebanyak 5% daripada petroliam yang diperolehi daripada luar pantai Malaysia yang bersetentangan dengan Kelantan kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Kalau tidak silap saya, sebahagian daripada kawasan luar pantai Malaysia yang diusahakan oleh JDA (Joint Development Authority) sekarang ini pernah diberi kepada syarikat asing untuk mencari gali minyak dalam tahun enam-puluhan dahulu tetapi diserahkan balik kepada Kerajaan Persekutuan apabila didapati ianya tidak ekonomik oleh kerana kos mencari gali minyak di ketika itu melebehi harga pasaran minyak dunia”  
Hal ini jelas menunjukan bahawa,apabila Tengku Razaleigh sendiri mengakui Kelantan berhak menerima royalti minyak 5% yang menjadi milik hak kerajaan Kelantan.Kerajaan Persekutuan seharusnya meneliti dan mengkaji kawasan-kawasan yang menjadi tempat pencarian gali minyak di Kelantan kerana proses pencarian minyak ini membabitkan hak rakyat Kelantan amnya.
Perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan
Masalah atau isu yang kian hangat diperkatakan adalah mengenai perlaksanaan hukum hudud  di Kelantan.Enakmen Undang-undang kanun jenayah Syariah (ii) (hukum  hudud) telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan 1993.Perlaksanaan hukum ini berikutan Manifesto PAS untuk melaksanakan hudud pada pilihan raya 1990.Kerajaan Negeri Kelantan masih tidak dapat melaksanakan hukum hudud kerana kerajaan Persekutuan perlu memansuhkan Akta Mahkamah Syariah 1965 yang membataskan bidang kuasa mahkamah syariah 1965.
Berikut merupakan kenyataan daripada pemimpin Barisan Nasional,Pakatan Rakyat,Ahli agama,Peguam dan orang awam yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar mengenai isu hudud ini:
(a) Kenyataan Ahli Politik Barisan Nasional

Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak: Kerajaan tidak akan laksanakan hukum hudud. Elemen undang-undang Islam telah pun dilaksanakan di Malaysia

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin: Malaysia tidak bersedia untuk laksanakan hudud

Presiden MCA, Dato Chua Soi Lek: MCA akan keluar BN jika UMNO laksanakan hudud.

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Zahid Hamidi: Hukum hudud belum dapat dilaksanakan kerana masalah kesesuaian dalam masyarakat majmuk negara ini.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin: Gesa agar kerajaan pusat meminda perlembagaan bagi membolehkan kerajaan Kelantan melaksanakan hudud.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong: Mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat berkenaan hudud sebagai usaha yang tidak berguna kerana setiap parti anggota pakatan itu mempunyai pendirian dan ideologi berbeza dalam pelaksanaan hukum hudud.

Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang: Pemimpin PAS mempunyai “impian peribadi” untuk melaksana undang-undang tersebut. PAS harus sedar bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan agama. Adalah tidak wajar PAS memaksa pandangan mereka ke atas semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.


(b) Kenyataan Ahli Politik Pakatan Rakyat

Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim: Hasrat Negeri Kelantan mahu melaksanakan hudud sewajarnya dihormati.

Pengerusi DAP, Karpal Singh: Tidak bersetuju dengan pendirian Dato’ Nik Abdul Aziz yang mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat: Tetap dengan pendirian untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada DAP

Ketua pemuda PAS, Nasrudin Hassan: Mempertahankan hak PAS untuk melaksana undang-undang berkenaan – Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 serta Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003.

Pakatan Rakyat: Pakatan Rakyat menghormati inisiatif PAS untuk laksanakan Hudud. Untuk melaksanakannya, ia perlu capai kata sepakat dan seterusnya pinda perlembagaan.

(c) Kenyataan Agamawan

Presiden Catholic Bishops Conference of Malaysia, Dr Paul Tan Chee Ing: Tiada bantahan untuk melaksanakan hudud selagi mana terpakai kepada Muslim sahaja.

Mantan Mufti Perlis Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin: Pelaksanaan hukum hudud memerlukan ijtihad ataupun tafsiran baru dengan mengambil kira aspek perubahan zaman dan tempat.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria: Menyokong hasrat Pas mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya: Melaksanakan hukum hudud adalah kewajipan orang Islam dan tidak boleh dipersoalkan

(d) Kenyataan Peguam dan Orang Awam

Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee: Hudud tidak boleh dilaksanakan dalam kerangka Perlembagaan Malaysia dan undang-undang sedia ada.

Mantan Presiden Majlis Peguam, Haji Sulaiman Abdullah: Hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia pada waktu ini berdasarkan kepada status Malaysia yang tidak berciri Islam sepenuhnya.

Pengerusi Kelab Penyokong Pas, Hu Phang Chaw: Menyeru kerajaan Kelantan untuk membuat referendum bagi meninjau kehendak rakyat terhadap undang-undang Hudud. 
Tinjauan dan analisis terhadap kenyataan pelbagai pihak ini terutamanya daripada barisan kepimpinan kerajaan jelas menunjukkan bahawa pihak kerajaan tidak akan merealisasikan kehendak kerajaan PAS di Kelantan.Kerajaan Persekutuan seharusnya sedar bahawa,kerajaan PAS hanya mahu hudud dilaksanakan di Kelantan sahaja,namun akibat daripada sekatan Akta Mahkamah Syariah 1965 yang membataskan bidang kuasa mahkamah syariah itu sendiri.Kerajaan juga perlu sedar bahawa hal-hal yang berkaitan dengan keagamaan adalah dibawah bidang kuasa kerajaan negeri seperti mana termaktub dalam perlembagaan persekutuan dalam senarai dua bidang kuasa kerajaan negeri.
Apabila diteliti kandungan perlembagaan yang menyebut mengenai kuasa negeri dalam perlembagaan persekutuan, jelas penguasaan Kerajaan Persekutuan terhadap negeri menunjukkan kelemahan sistem federalisme :
“…kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang menganut agama islam terhadap rukun-rukun islam,kecuali mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan;keanggotaan,penyusunan dan acara bagi mahkama-mahkamah Syariah,yang akan mempunyaai bidangkuasa hanya ke atas orang-orang yang menganut agama islam dan hanya mengenai mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini,tetapi tidak mempunyai bidang kuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang persekutuan…”(Shaikh Noor Alam 1983 :94).
Kuasa Mahkamah Syariah di bawah kuasa negeri. Jadi mengapa Parlimen buat undang-undang untuk menyekat mahkamah milik negeri? Ini salah di sisi perlembagaan kita yang mengamalkan semangat federalisme.Oleh itu,keenganan Kerajaan Persekutuan untuk memansuhkan akta yang menyekat bidang kuasa mahkamah syariah ini telah membuatkan Kerajaan PAS ingin mencabar Akta Mahkamah Syariah 1965 ini bagi membolehkan kerjaan PAS melaksanakan hudud di Kelantan.Persoalannya disni perlaksanaan hudud tidak dapt dilaksanakan berikutan kekangan Akta Mahkamah Syariah(Bidang Kuasa jenayah) sedia ada yang hanya memperuntukan denda,penjara,dan sebatan kepada perilaku jenayah.Perlembagaan tidak sekat bidang kuasa syariah dan bidang kuasa negeri,tetapi yang menyekat bidang kuasa perundangan negeri ialah Akta Mahkamah Syariah(bidang kuasa jenayah) mengenai hal-hal yang berkaitan dengan hukuman melalui akta ini iaitu memperuntukan denda rm 5000,tiga tahun penjara dan enam sebatan.
Kesimpulan
Kesimpulanya,Sistem federalisme atau sistem persekutuan di Malaysia tidaklah mengamalkan cara sistem persekutuan yang sepenuhnya yang mana sistem persekutuan memperuntukan bidang kuasa masing-masing antara kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri tanpa campur tangan oleh mana-mana pihak.Melihat dari konteks Malaysia secara keseluruhannya terdapat kelemhan sistem federalisme ini,lebih-lebih lagi mengenai hal-hal yang berkaitan antara kerajaan Perseketuan dan negeri.Hal ini menjadi lebih buruk lagi apabila negeri yang diperintah oleh kerajaan pakatan pembangkang yang jelas menunjukkan kerajaan Pusat mengamalkan sikap pilih kasih atau memilih bulu dalam soal pembangunan,kebajikan rakyat,ekonomi,peruntukan-peruntukan dan sebagainya.Banyak perbezaan yang dapat dilihat antara negeri yang diperintah oleh kerajaan dan negeri yang diperintah oleh pembangkang.Kelemahan sistem federalisme di dalam konteks Malaysia adalah mengenai pengamalan undang-undangnya.Masalah ini dapat dilihat seperti penerangan yang telah dibuat di dalam esei ini yang mana kita dapat lihat hal-hal dan isu-isu yang berbangkit yang melibatkan kerajaan Persekutuan dan Kerajaan negeri Kelantan mengenai isu pemberian royalti minyak dan perlaksanaan hukum hudud.Hak yang sepatutnya menjadi milik kerajaan negeri telah dipergunakan oleh Kerajaan Perseketuan melalui undang-undang yang sedia ada walhal,jika dikaji dan diteliti pengamalan undang-undang itu sendiri sebenarnya telah berlaku pertindihan kuasa.Oleh itu,Kerajaan Persekutuan perlu mengambil inisiatif yang wajar untuk menyelesaikan isu-isu yang berbangkit yang melibatkan dua institusi kerajaan ini agar permasalahan yang timbul dapat diselesaikan.Kedua-dua belah pihak seharusnya bekerjasama dengan baik dan jangan saling salah menyalahi kerana sampai bila pun masalah yang timbul tidak akan dapat diselesaikan selagi kedua-dua pihak ini saling bertelagah.

Senarai Rujukan

Malcom M Feeley and Edward Rubin. 2008. Federalism political identity and tragic compromise.
Harihar Bhatacharyya. 2010. Federalism in Asia(india,Pakistan,Malaysia).
B.Simandjuntak. 1969. Malayan Federalism.Kuala Lumpur: Oxford Univ.Press.
Hussain Mohamaed. 1987. Membangun Demokrasi pilihan raya di Malaysia. Kuala Lumpur:Karya Bestari.
H.Osman Rani. 1982. The Political Economy of Malaysia.Petaling Jaya:Fajar Bakti.
Francis Loh Kok Wah and Johan Saravanamuttu. 2000. New politics in Malaysia.
Shaikh Mohd Noor Alam. 1983. Federalism di Malaysia.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Hadi Awang. 1994. Abdul Hadi Jawab Mahathir.¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬
Azmi Khalid,Siti Ratnamala. 1985. Perlembagaan Moden(terjemahan K.C Wheare).
Jamaie Hamil. 2005. Umno dalam Politik dan PERNIAGAAN MELAYU. Bangi:Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ko Kra,Books Llc.________.Malaysia-thailand Border, Andaman Sea, Malaysia-thailand Joint Development Area,

Ahmad Idris. 1998. Dasar Ekonomi Baru. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd

Abdul Aziz Bari. 2008. Perlembagaan Malaysia: Teori dan Praktis. Selangor : Arah Publication.

Ghazali Mayudin. 2008. Politik Malaysia Perspektif Teori dan Praktik. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.













                                                                                                                                                                                                    







No comments: