Monday, December 31, 2012

Kahwin Muda ??


Salam semua...haa ptg2 mcm nie tiba2 rajin nak buat entry pasal Kahwin Muda, sebenarnya dekat tempat aku stdy nie selalu jugak buat forum kahwin muda, dalam banyak2 forum yang dianjurkan tu, adalah sempat dgr satu forum tentang kahwin muda. Pendapat aku kahwin muda nie sgt2 bagus lah, sbb apa? bnyk faedahnya, kalau korank dah kahwin, org dh xboleh nk ckp apa2, sbb kita dah HALAL, dunia sekarang nie mcm2x boleh berlaku, tgok jela dgn kes buang bayi, zina sana sini, subhanallah..dunia akhir zaman..kahwin muda nie dapat mengawal nafsu dan elakkan maksiat..Sekarang ni terlalu banyak kes anak di luar nikah, kes pembuangan bayi.. Ini semua berlaku disebabkan perasaan cinta yang ditambah dengan nafsu dan dengan hasutan syaitan maka terjadilah zina.. Sebab tu digalakkan berkahwin ketika belajar pada usia muda, sebab kita selamat dari melakukan perbuatan terkutuk iaitu zina dan selamat daripada melakukan dosa.. Apabila dah berkahwin pastinya kita akan menjaga zuriat kita dengan baik dan sempurna. Batas-batas pergaulan anda terpelihara, memang tak dapat dinafikan pasangan couple selalunya tidak dapat menahan perasaan ingin berjumpa,ingin dating,ingin bersama2 setiap masa dan waktu... Apabila perkara ini selalu terjadi, secara tidak langsung pasangan ini akan terlibat dengan melalukan perbuatan terlarang iaitu maksiat & zina..
Bila dah kahwin, dan mempunyai hubungan yang sah anda sudah berjaya menjaga batas-batas pergaulan anda..
Bila dah berkahwin pada usia muda, anda sebenarnya sudah boleh dikatakan selamat dari gangguan orang ramai.. Sekarang ni kita boleh lihat setiap hari perempuan2 yang cantik akan diganggu oleh lelaki.. Perkara ini sering terjadi kepada pelajar IPTA.. Dengan berkahwin pada usia muda dan mempunyai suami anda sebenarnya sudah selamat dari gangguan..
Selamat dari cinta monyet, anda semua mesti tahu apa itu cinta monyet? biasa cinta monyet ni bertahan sekejap selepas itu putus..Ramai sebenarnya yang cinta monyet,berjanji sehidup semati nk bersama2 untuk selama-lamanya..Tapi bila hubungan yang diharapkan kekal sehingga ke jinjang pelamin akhirnya musnah..
Apabila perkara ini berlaku, anda akan kecewa,sedih,marah,benci dan paling teruk hilang kepercayaan terhadap cinta ada yang sampai bunuh diri..
Sebab itu anda patut berkahwin ketika usia muda, sebab apabila dah berkahwin insyAllah akan kekal selama-lamanya.

Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a berkata: “Ketika kami muda, kami berada bersama-sama Nabi s.a.w dan kami tidak mempunyai apa-apa harta. Baginda berkata kepada kami: “Wahai para pemuda! Jika kamu mampu hendaklah kamu berkahwin, sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan menjaga kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu hendaklah berpuasa kerana berpuasa itu adalah pendinding baginya.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Ya Allah sweetnya









2 comments:

Anonymous said...

niat nk khwn muda tu ad..tp kn bnda y m'cabar sgt ke arah tu adalah nk dapat kn restu parent..yelah,bknny senang parent nk lps kn kita..lgpn pndpt parent kita x sama dgn kita..cr pemikiran diorg lain..
cmn tu ek?heheh

Aril Zafriel said...

aah kann sbb kita diffrent pndpt,tp nmpk kwn2 yg kawin muda nie sweet sgtt haha :)