Sunday, May 22, 2011

Cara Menyusun Sijil Untuk temuduga MEDSI

Cara susunan sijil untuk temuduga MEdSI

Saya ada menerima banyak pertanyaan yang
berkaitan dengan cara-cara menyusul sijil untuk
digunakan semasa sesi temuduga dijalankan.

Oleh itu saya telah menyenaraikan beberapa tips
yang berguna untuk anda.

Setiap sijil yang disusun hendaklah disimpan
dalam folder yang lutsinar dan berkulit keras
supaya sijil anda terpelihara.


Berikut adalah susunan sijil untuk temuduga MEdSI :

1. Surat tawaran atau panggilan temuduga MEdSI
2. Sijil kelahiran
3. Salinan mykad
4. Sijil ko-kurikulum
5. Sijil peperiksaan seperti PMR dan SPM
6. Sijil berhenti sekolah
7. Diploma dan transkrip
8. Ijazah dan transkrip
9. Resume


Kesimpulannya, sijil-sijil anda perlu disusun
bermula dengan pencapaian pada peringkat awal hingga
ke peringkat yang tertinggi.



No comments: