Anda perhatikan keluhan penemuduga-penemuduga ini :
1. Calon guru tidak berpakaian kemas, dan tidak menyusun sijil dengan teratur
2. Calon guru tidak bersungguh-sungguh ketika menjawab soalan temuduga
3. Calon tidak menjawab soalan, sebaliknya berlegar-legar dan lari dari tajuk soalan
4. Tidak faham konsep JERIS
5. Tidak yakin dan tergagap-gagap ketika menjawab soalan
6. Menangis ketika ditemuduga
7. Tidak menyakinkan penemuduga bahawa calon sebenarnya layak
Penemuduga mempunyai sedikit helah dan cuba menduga calon, mudah patah semangat
dan tidak memberikan sebab-sebab konkrit mengapa mereka layak untuk diterima menjadi guru
8. Tidak menggunakan bahasa baku, malah loghat negeri masih pekat ketika menjawab soalan
9. Calon meletakkan dirinya sendiri dalam keadaan tidak selesa dan takut-takut ketika mula memasuki bilik,
tidak tegas dan nampak lemah
10. Ada calon yang berpeluh-peluh dan terketar-ketar ketika sedang ditemuduga
lantaran kurang pengalaman ditemuduga
11. Calon lelaki yang mempunyai personaliti dwi-seks, terutamanya golongan lembut
Ini bergantung kepada budi bicara temuduga. Ada calon yang boleh berlakon gagah,
namun penemuduga masih boleh mengenali personaliti mereka
12. Tidak pandai menghuraikan fakta, sebaliknya sepatah yang ditanya, sepatah yang dijawab
13. Tidak mempunyai suara yang lantang dan kuat
Setakat ini sahaja perkongsian saya kepada anda.
Saya berikan fakta ini kepada anda semua supaya persediaan awal dapat dilakukan.
Selain daripada fakta di atas, anda juga perlu membuat persediaan dengan isu-isu semasa
yang berkaitan dengan pendidikan yang disiarkan di akhbar-akhbar harian.
No comments:
Post a Comment