Berikut adalah 5 tip asas dan mudah yang boleh diikuti oleh anda yang akan melalui temuduga MEdSI :
1. Ambil Berat Adab dan Tertib Temuduga
Tampilkan pemakaian dan personaliti yang menggambarkan anda seolah-olah seorang eksekutif yang berkeyakinan, berkarisma dan berketerampilan. Untuk lelaki, tali leher serta kasut, baju dan seluar yang berpadanan.
Untuk wanita, pilih pemakaian eksekutif yang bersesuaian. Jangan segan silu untuk memakai kot atau blazer,
kerana ia bukan sesuatu yang anda akan lakukan setiap hari.
Pastikan anda datang awal ke sesi temuduga, lengkap dengan segala dokumen yang diperlukan.
2. Tahu Tugas dan Peranan anda
Semak semula jawatan guru yang dipohon dan senaraikan tugas-tugas dan peranan yang mungkin dipikul jika
sekiranya anda berjaya menjawat jawatan guru yang ditawarkan.
Jika ditanya, “Pada pandangan anda, apakah tugas-tugas jawatan seorang Pegawai Pendidikan
seperti yang anda pohon sekarang?”, perkara terakhir yang anda inginkan berlaku
adalah gagal menjawab soalan di atas dan hanya kelu tidak terkata di hadapan penemuduga.
Dapatkan maklumat dari beberapa sumber seperti laman web, buku panduan, rakan-rakan serta
ahli keluarga yang bekerja dengan Kementerian Pendidikan.
3. Buat Kajian Mengenai Struktur dan Organisasi Pentadbiran Kerajaan
anda perlu membuat sedikit kajian mengenai beberapa jabatan atau kementerian terutamanya tugas-tugas
yang dipikul oleh Jabatan Pendidikan. Lakukan perbandingan dengan pentadbiran negeri (dan sebagainya) untuk
memahami perbezaan dari segi struktur dan fungsi.
Ini terutamanya penting untuk mereka yang bakal menghadiri temuduga MEdSI.
4. Ambil Tahu Isu Semasa dan Terkini
Seorang guru perlu sentiasa peka dengan perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang berlaku di dalam dan luar negara.
Sebagai contoh, penemuduga mungkin bertanyakan pendapat anda tentang dasar-dasar luar Amerika yang
diamalkan oleh Presiden barunya Barrack Obama.
Manakala, dari konteks dalam negeri, anda mungkin diminta menghuraikan pandangan anda tentang konsep Satu Malaysia yang diperkenal oleh Perdana Menteri Ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Selain itu, andal perlu mengetahui perkembangan isu semasa pendidikan yang berlaku di Malaysia.
5. Usaha Menjawab Walaupun Tidak Tahu Jawapan Tepat
Bukan sesuatu yang memalukan jika anda tidak tahu jawapan kepada sesuatu soalan temuduga.
Tetapi, jangan sekadar menjawab “maaf, saya tidak tahu”.
Sebaliknya, cuba anda terangkan sejauh mana yang anda tahu dan tunjuk usaha kepada
penemuduga bahawa anda sanggup bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu ilmu atau maklumat.
Sebenarnya, selain daripada menguji pengetahuan, penemuduga ingin mengetahui sejauh mana usaha atau inisiatif
anda mencuba untuk menjawab soalan. Mereka juga ingin bersemuka dengan calon guru yang mempunyai
kemahiran berkomunikasi dan mereka yang boleh membuat analisa kepada sesuatu persoalan dan isu.
sekian...

1 comment:
Thanks for the info :)
Nak Share ok ~~
Post a Comment